Dua prospek Perak FC ucap ‘goodbye’, bagai beri bayangan TBG buat rombakan besar-besaran musim depan – Sukan


PERAK FC ibarat memberi bayangan bakal melakukan rombakan besar-besaran selepas melepaskan dua prospek utama pasukan iaitu Muhd Nasrol Amri dan Muhd Hakimi Mat Isa.

Kedua-dua pemain itu memberikan ucapan perpisahan dalam Instagram dan sempat menzahirkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan sepanjang perkhidmatan mereka di bumi Darul Ridzuan.

Bermula daripada skuad Perak FC II, kedua-dua pemain muda itu mendapat peluang menunjukkan bakat mereka semasa Datuk Lim Teong Kim (LTK) memegang jawatan sebagai ketua jurulatih pada awal musim.

Nasrol terlebih dahulu memulakan debut dalam perlawanan menentang PDRM FC pada 28 Februari 2023 yang mana dia beraksi selama 90 minit.

Baru berusia 24 tahun, ia tidak menghalang pemain pertahanan kanan itu untuk terus mendapat kepercayaan Teong Kim meletakkannya dalam aksi yang lain.

Manakala, Hakimi turut memulakan debut dalam Liga Super dengan beraksi menentang PDRM FC pada 23 Jun lalu.

Dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia, Hakimi berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir permainan sekali gus memberikan kelebihan buat The Bos Gaurus untuk mara ke pusingan seterusnya.

Antara ucapan yang dibuat kedua-dua pemain dalam media sosial baru-baru ini.

Walaupun kedua-dua pemain itu boleh dianggap prospek jangka masa panjang buat skuad bimbingan Yusri Che Lah musim depan selepas menampilkan aksi cemerlang.

Hakimi dan Nasrol memilih untuk memulakan cabaran baharu bersama pasukan lain dan secara tidak langsung ia memberikan gambaran bahawa pihak pengurusan akan melakukan rombakan pemain.

Ini mungkin terjadi selepas di awal musim tahun ini, Perak dibentuk mengikut acuan Teong Kim yang lebih berminat untuk membawa pemain seperti Raja Imran Shah, Shivan Pillay dan Hadi Fayyadh.

Dengan Yusri Che Lah dijangka kekal mengemudi Perak musim depan selepas cemerlang membawa Sang Seladang ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Pastinya pihak pengurusan mahu membantu Yusri mempersiapkan pasukan bagi menghadapi cabaran musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mara ke separuh akhir zon Asean satu pencapaian besar buat Sabah — Darren Lok – Sukan

Next Post

Umpama permainan kiub Rubik, Selangor FC pilihan Irfan Bakti jadi naib juara – Sukan

Related Posts