Dua kali tunduk di tempat lawan, tapi penyerang Sabah FC masih belum mahu kibar bendera putih – Sukan


DUA kekalahan berturut-turut pastinya bukanlah satu keputusan yang mahu disaksikan rata-rata penyokong Sabah FC selepas permulaan musim yang cukup bermakna.

Kunjungan mereka ke Stadium Cheras, Kuala Lumpur (KL) pada Rabu untuk menentang anak-anak buah Bojan Hodak sepatutnya menjadi medan kebangkitan pasukan susulan kekalahan memalukan yang dialami di tangan Johor Darul Takzim (JDT).

Namun, gol daripada T Saravanan dan Sean Gianelli memaksa pasukan Borneo itu terpaksa pulang dengan tangan kosong, sekali gus meletakkan mereka di tangga kelima Liga Super.

Bagi penyokong, mereka dilihat kurang berpuas hati dengan persembahan dipamerkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee yang sering melakukan kesilapan dan mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol.

Kekecewaan itu juga dikongsikan penyerang skuad Sang Badak, Darren Lok yang turut berkongsi pandangan bahawa pasukannya tampil dengan persembahan kurang meyakinkan.

“Saya kecewa. Sebagai pasukan, saya pun sedar yang kami tidak melakukan dengan baik. Kami tidak berikan persembahan yang kami inginkan, jadi sebab itu kami kecewa dengan keputusan ini,” katanya kepada Majoriti.

Dalam pertembungan itu, penyerang skuad kebangsaan itu diberikan peluang beraksi selama 76 minit sebelum digantikan Amri Yahyah.

Darren Lok mahu pasukannya segera bangkit daripada kekalahan itu. — Facebook/Sabah FC

Meskipun melakukan percubaan demi percubaan, disiplin pertahanan yang dipamerkan skuad Warga Kota menyebabkan Sabah FC gagal menjaringkan sebarang gol untuk dua perlawanan berturut-turut.

Tambah pemain berusia 31 tahun itu lagi, usaha dan semangat perlu dipamerkan sekiranya mereka mahu kembali berada di kedudukan tiga teratas.

“Kami jelasnya perlu melihat kembali apa yang kesalahan dalam dua perlawanan lalu. Ia bukannya bermaksud kami ada musim yang buruk, tetapi kami cuma perlu berkerja keras untuk perbaikinya dan kembali ke asas.

“Ia akan menjadi permainan yang sukar berjumpa Negeri Sembilan, namun kami ada beberapa hari lagi untuk baikinya dan akan kembali lebih kuat,” ujarnya.

Setakat tujuh perlawanan, Darren Lok sudah menjaringkan dua gol dengan kedua-duanya hadir menerusi sepakan penalti ketika berdepan Kelantan United FC dan Penang FC.

Bagaimanapun, sentuhannya di hadapan pintu gol sepertinya masih belum berada di tahap terbaik memandangkan dia muncul sebagai penjaring terbanyak tempatan ketika Liga Super 2022.

Skuad Sang Badak bakal bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan pada Isnin untuk berdepan skuad Jang dalam misi menambah baik kedudukan dalam liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Negara tetap hantar wakil ke Olimpik Paris walaupun ada yang boikot — Hannah – Sukan

Next Post

Giliran legenda Perak buka mulut isu panas LTK – Sukan

Related Posts