Dua influencer e-sukan Malaysia sokong UniPin Ladies Championship MYSG

DALAM dunia e-sukan di Malaysia nama Nyan Yan dan Rose Gaming memang tidak asing lagi.

Mereka merupakan ‘Influencer’ yang berjaya dalam bidang e-sukan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua gadis ini teruja menjelang kejohanan MYSG Ladies, tidak mahu gamers wanita ketinggalan dalam e-sukan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Terbesar di Malaysia! UniPin Ladies Championship memperkasakan wanita menerusi pertandingan

Nur Raihan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Nyan Yan, 24, telah lama berkecimpung dalam industri e-sukan.

Anak kelahiran Melaka itu juga merupakan seorang pengacara dan content creator sepenuh masa untuk HomeBois.

Rose yang lebih dikenali sebagai Rose Gaming pula adalah content creator’ sepenuh masa untuk Team Salty MY.

Dalam pada itu Rose merupakan pemain e-sukan kacukan Filipina Chinese tetapi membesar di Malaysia sejak kecil lagi.

Kedua-dua mereka sangat berminat bermain permainan video seperti Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dan permainan video first person shooter (FPS) seperti Player Unknown Battlegrounds Mobile (PUBGM) dan Valorant.

Nyan Yan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang e-sukan

Selain itu, Nyan Yan berkata faktor yang membawa dia menceburi bidang e-sukan di Malaysia adalah disebabkan sokongan keluarga dan juga minat yang mendalam.

Nyan Yan dan Rose Gaming sering melibatkan diri dalam projek Offline dan Online berkaitan dengan e-sukan.

Namun mereka masih belum berkesempatan untuk bermain dalam liga profesional.

Apabila ditanya mengenai kedudukan wanita dalam dunia e-sukan, Nyan Yan berkata diskriminasi terhadap wanita masih wujud dan berharap perkara itu dapat dibendung.

Malahan, mereka berdua bersependapat bahawa pertandingan e-sukan khas bagi wanita adalah penting dalam bidang e-sukan Malaysia.

“Jika kita bercakap tentang memperkasakan wanita dalam bidang e-sukan maka saya berpendapat sangat perlu pertandingan itu diadakan,” kata Rose.

Dalam masa yang sama, kedua-duanya teruja dengan penganjuran UniPin Ladies Championship MYSG yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober ini.

“Saya teruja nak melihat bakat baru dalam pertandingan ini,” ujar Nyan Yan.

Kedua-dua influencer e-sukan ini juga berpendapat bahawa e-sukan di Malaysia kini semakin berkembang pesat.

“Ia semakin berkembang dan lebih banyak syarikat menggunakan pertandingan e-sukan, pemain, pasukan dan juga influencer sebagai alat pemasaran” kata Rose.

Rose Gaming antara nama yang tidak asing dalam e-sukan Malaysia

Influencer Rose dan Nyan Yan juga sempat memberi pesanan ringkas buat semua peserta wanita dalam pertandingan UniPin Ladies Championship MYSG.

“Semoga berjaya saya ucapkan kepada peserta dan saya berharap anda semua dapat berada di pentas yang lebih besar pada masa akan datang!” kata Rose.

“Teruskan sahaja apa yang sedang diusahakan, jangan mengaku kalah,” kata Nyan Yan.

Marilah kita memberi sokongan untuk industri e-sukan negara, Majulah e-sukan Malaysia!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts