Dua firma pelaburan berebut ambil alih Liverpool – Sukan


NAMA dan reputasi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak dengan pasukan itu antara yang paling berjaya dalam liga tersendiri.

Selain pernah menjuarai trofi liga sebanyak 19 kali, The Reds juga mempunyai sejarah dalam kejohanan Liga Juara-juara UEFA (UCL) dengan rekod kejuaraan sebanyak enam kali.

Namun, baru-baru ini, muncul satu laporan bahawa pemilik Liverpool, Kumpulan Syarikat Sukan Fenway (FSG) bersedia untuk menjual pasukan itu selepas hampir 12 tahun memiliki pasukan Merseyside itu.

Usaha itu semestinya sukar dengan laman sesawang Forbes menganggarkan pasukan tersebut bernilai RM20.6 bilion, sekali gus menepis minat daripada syarikat-syarikat besar seluruh dunia.

Bagaimanapun, laporan baharu timbul dengan mengatakan dua individu difahamkan berminat untuk menjadi pemilik baharu kelab tersebut dengan nilai kekayaan masing-masing.

Pagliuca difahamkan sedang berusaha keras untuk menjadi pemilik baharu Liverpool. — Agensi

Pengerusi bersama firma pelaburan Bain Capital, Stephen Pagliuca dikatakan menjadi antara calon utama untuk memperoleh Liverpool dengan beberapa agensi antarabangsa melaporkan perkara tersebut.

Menurut beberapa kenyataan, pelabur kelahiran New York, Amerika Syarikat memiliki aset sehingga RM17.8 bilion selepas bertahun-tahun terlibat dalam bidang berkenaan.

Di samping itu, Forbes turut melaporkan nilai gabungan antara individu tersebut dan firmanya dinilai mencecah RM543.9 bilion yang membolehkan kerja-kerja pemilikan tersebut.

Nilaian itu meletakkan Bain Capital sebagai pemilik dengan kedudukan kewangan lebih kukuh berbanding kelab-kelab elit EPL, termasuk pemilik Manchester City, Sheikh Mansour.

Pagliuca sememangnya terkenal dalam arena sukan antarabangsa dengan dia juga merupakan pemilik kelab Itali, Atalanta dan pasukan bola sepak Amerika (NBA), Boston Celtics.

Sementara itu, laporan lain turut menyebut bahawa satu lagi firma pelaburan, RedBird Capital turut berminat untuk mendapatkan Liverpool sekiranya FSG memutuskan untuk melepaskan kelab tersebut.

Hal itu adalah kerana mereka merupakan pemegang saham The Reds sebanyak 10 peratus selepas memperolehinya pada 2021 dengan nilai sebanyak RM3.45 bilion.

RedBird juga sememangnya tidak asing dalam landskap bola sepak Eropah selepas mereka turut memegang majoriti saham AC Milan dan pasukan kerdil Perancis, Toulouse. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tidak mahu jejas fokus pasukan, TFC setia menunggu jawapan Nafuzi Zain – Sukan

Next Post

Baru 2 bulan, sentuhan Cheng Hoe ubah nasib 3 tonggak Selangor – Sukan

Related Posts