Dua emas di ACC 2023, Azizulhasni kini nombor 3 dunia – Sukan


JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat menjelang persiapan ke Sukan Olimpik 2024 Paris apabila kedudukannya melonjak ke ranking ketiga dunia acara keirin serta keenam bagi acara pecut.

Menerusi ranking terbaharu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), ‘The Pocketrocketman’ meningkat daripada kedudukan ke-10 untuk menghuni tangga ketiga di belakang juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen di tempat pertama dan pelumba Australia, Matthew Richardson di posisi kedua acara keirin.

Bagi acara pecut, menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam di belakang pelumba Jepun, Kaiya Ota di kedudukan keempat dan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev di tangga kelima.

Tangkap layar hantaran dari Mohd Azizulhasni.

Ranking pertama dunia acara pecut kekal dengan Lavreysen (Belanda) mengungguli kedudukan tersebut diikuti Richardson (Australia) di tempat kedua dan Mateusz Rudyk (Poland) di posisi ketiga.

Kedudukan terbaharu diraih pelumba berusia 35 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, baru-baru ini.

“Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin – 3 manakala Individual Sprint – 6.

“Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 Paris,” kata Mohd Azizulhasni menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas 160 hari, Hadi Fayyadh buka akaun jaringan pertama bersama Perak FC – Sukan

Next Post

Top scorer bersama kelab lama antara 3 sebab Liga Super perlu gentar kehadiran ‘star boy’ Sabah FC – Sukan

Related Posts