Dollah Salleh pikat FAM lepas ketepi 3 nama besar kendali Harimau Malaya 9 tahun lepas – Sukan


SEJAK kehadiran Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Februari 2022 prestasi skuad kebangsaan semakin meningkat naik.

Dalam masa lima bulan, Pan-gon berjaya membawa Malaysia layak ke kejohanan terbesar dalam Asia iaitu Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian 42 tahun penyokong Harimau Malaya.

Tahun ini, skuad kebangsaan mempunyai tugas penting untuk mempersiapkan skuad Harimau Malaya beraksi di pentas Asia yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2024.

Setakat ini persiapan skuad kebangsaan berada di landasan yang terbaik selepas menang kesemua empat perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan, Hong Kong, Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Bercakap mengenai pelantikan ketua jurulatih skuad kebangsaan, adakah anda tahu sembilan tahun lalu pada tarikh 29 Jun 2014, Datuk Dollah Salleh dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya.

Dollah mengenepikan nama-nama besar seperti bekas jurulatih Mozambique, Gert Engels dari Jerman dan bekas jurulatih Bahrain, Iraq serta Werder Bremen, Wolfgang Sidka.

Pelantikan bekas jurulatih Sri Pahang FC itu disebabkan pengalamannya bersama beberapa pasukan Liga Super.

Untuk rekod, Dollah memenangi Piala Malaysia bersama Tok Gajah pada 2013 dan berjaya membawa PDRM FC menjuarai Liga Perdana pada 2014.

Namun jodoh Dollah bersama Harimau Malaya tidak kekal lama selepas beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun 2014, kerana berasa bertanggungjawab di atas kekalahan mengaibkan skuad negara tumpas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, pada 3 September 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Navy Thailand kembali sertai latihan, Penang Black Panthers dalam misi mendekati Perak, KL Thunders – Sukan

Next Post

Bekas pemain kebangsaan yakin Bojan tidak guna taktikal sama lawan JDT di final Piala FA – Sukan

Related Posts