Djokovic tarik diri Terbuka BNP Paribas

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mengyumumkan untuk menarik diri dari Terbuka BNP Paribas di California, Amerika Syarikat yang dijadualkan bermula pada 4 Oktober.

Djokovic berkata, dia meminta maaf kerana tidak dapat memberi peluang kepada para peminatnya untuk melihatnya beraksi di Indian Wells.

“Saya harap dapat bertemu dengan anda tahun hadapan,” kata pemain Serbia itu dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kemarau gol, Lukaku pening kepala tembus pertahanan Juventus

ARTIKEL BERKAITAN: Guardiola akui ‘jatuh cinta’ dengan Marco Verratti

Untuk rekod, Djokovic merupakan juara Terbuka BNP Paribas sebanyak lima kali.

Kali terakhir dia menjulang piala adalah pada acara ATP Masters 1000, dengan catatan rekod 50-9 pada tahun 2016.

Pengarah kejohanan, Tommy Haas berkata, pihaknya kecewa kerana Djokovic tidak dapat menyertai Terbuka BNP Paribas pada musim luruh itu.

“Kami berharap dapat melihatnya kembali di Tennis Paradise pada bulan Mac depan untuk bertanding merebut gelaran keenam.”

Pemain berusia 34 tahun itu baru-baru ini bertanding di Terbuka AS, yang mana dia gagal dalam peringkat akhir menentang Daniil Medvedev.

Djokovic, yang memenangi Terbuka Australia, Roland Garros dan Wimbledon tahun ini, berusaha untuk merangkul piala Grand Slam, sekali gus menjadi lelaki pertama memenangi empat kejohanan dalam satu musim selepas Rod Laver pada tahun 1969.

Dia yang memegang 85 kali gelaran ATP layak menempatkan diri di kejohanan akhir Nitto ATP tahun ini dan dia berusaha menjadi pemain pertama yang menamatkan kejohanan No. 1 akhir tahun di Kedudukan ATP FedEx sebanyak tujuh kali. — Infosys

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mula kemarau gol, Lukaku pening kepala tembus pertahanan Juventus

Next Post

Penonton boleh masuk stadium bermula 29 Oktober – MFL

Related Posts