Ditahan di Las Vegas, peninju insaf berjanji enggan sentuh arak lagi

PENINJU UFC Jon Jones berikrar untuk tidak lagi menyentuh minuman keras selepas dia ditahan di Las Vegas, pada minggu lalu.

Bekas juara kategori light-heavyweight itu ditahan kerana kes keganasan domestik dan cubaan merosakkan sebuah kenderaan.

Semenjak diikat jamin, Jones mendiamkan diri tanpa sebarang permohonan maaf mahupun penjelasan.

Namun, dia akhirnya membuka mulut dengan berkongsi perkembangan terkini di media sosial.

Bintang berusia 34 tahun itu berkata, dia enggan lagi menyentuh minuman keras yang banyak memberi kesan kepada hidupnya selama ini.

“Saya mengalami trauma gara-gara pengambilan alkohol. Otak saya dah tak boleh mengawalnya. Saya akan tinggalkan alkohol selamanya,” tulis Jones di Instagram.

Kata Jones lagi, dia akan cuba menebus kesalahan dan kembali bangkit meneruskan perjuangan.

Untuk rekod, satu laporan dibuat pada Jumaat lalu di sebuah hotel dan kasino, melibatkan kes keganasan peninju itu. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts