Dipandang tinggi penyokong lawan, ini 4 impak besar KPG buat Harimau Malaya – Sukan


PASTI ramai yang tertanya-tanya apakah perubahan yang telah dilakukan oleh Kim Pan-gon (KPG) sehingga berjaya mengubah persepsi orang ramai tentang skuad Harimau Malaya di dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Jika diimbau kembali, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu tiba di Malaysia bersama barisan kejurulatihan pada Februari 2022.

Dia bersama barisan kejurulatihannya hanya mengambil masa singkat untuk mengecapi pelbagai perubahan dan kemenangan buat Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 53 tahun itu turut berjaya menamatkan penantian 42 tahun pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.

Pan-gon berjaya menamatkan penantian 42 tahun pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023. — Agensi

Pan-gon turut membawa skuad Harimau Malaya melangkah ke pentas akhir Piala Raja Thailand 2022 selepas menewaskan tuan rumah, Thailand pada September 2022 di Stadium Chiang Mai.

Terbaharu, Pan-gon sekali lagi melakarkan kejutan apabila berjaya membawa Malaysia ke pentas separuh akhir Piala AFF tanpa pemain utama Harimau Malaya seperti Arif Aiman, Dion Cools, Corbin Ong dan lain-lain lagi.

Sepanjang mengendalikan skuad kebangsaan, Pan-gon hanya tewas empat kali dan meraih 12 kemenangan dalam 16 perlawanan terakhir bersama Harimau Malaya.

Ini merupakan empat perubahan besar yang telah dilakukan oleh Pan-gon semenjak mengambil alih pasukan Malaysia dari Tan Cheng Hoe:

Sejak membimbing skuad Harimau Malaya, Pan-gon telah menggunakan pelbagai formasi antaranya, 4-3-3, 4-5-1, 3-4-3 dan 4-2-3-1. — Facebook/FAM

1. Taktikal

Berbeza dengan formasi yang digunakan bekas pengendali kebangsaan yakni Cheng Hoe, Pan-gon hanya meletakkan seorang pemain tengah yang lebih defensif peranannya, malah akan turun menjadi half-back dalam beberapa situasi.

Malaysia akan membentuk benteng berlima dengan dua bek sayap akan menyertai mereka di posisi bertahan dan ini beri keseimbangan sama ada ketika bertahan atau menyerang.

Pan-gon turut menggemari pemainnya memberikan tekanan awal kepada pihak lawan sekiranya Malaysia kehilangan bola dan tidak membenarkan mereka memasuki kawasan tengah.

Sejak membimbing skuad Harimau Malaya, Pan-gon telah menggunakan pelbagai formasi antaranya, 4-3-3, 4-5-1,3-4-3 dan 4-2-3-1.

Pan-gon mahukan semua pemainnya kekal bersama sebagai satu pasukan. — Facebook/FAM

2. Bilik persalinan

Sebagai seorang ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan kebangsaan, Pan-gon nampaknya menitikan banyak perkara dari persediaan sehingga tamat perlawanan.

Sebelum ini legenda pertahanan, Shukor Adan pernah mendedahkan bahawa sebelum ini jika pemain yang baru sampai ke stadium semuanya pakai headphone sendiri dan ada lagu sendiri.

Namun Pan-gon telah membuang budaya itu dan hanya membenarkan pemain mendengar satu lagu yang sama dan earphone dan headphone tidak dibenarkan ketika bersama pasukan kebangsaan.

Perkara asasnya adalah Pan-gon mahukan semuanya sama walaupun lagu yang dipasang ke telinga pemain.

Semasa berlangsungnya kempen Piala AFF 2022, kita dapat lihat pemain-pemain Malaysia bermain dengan penuh semangat dan setiap kali dikeluarkan mereka akan bersalaman lalu memeluk Pan-gon.

Pan-gon sudah membuat persediaan awal untuk memanggil pemain-pemain sesuai dengan taktikal yang ingin diterapkan olehnya. — Facebook/FAM

3. Pemilihan pemain

Sejak dilantik menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, susuk tubuh Pan-gon serta barisan kejurulatihannya sentiasa muncul di mana-mana stadium semasa perlawanan Liga Super.

Setiap perlawanan pasti akan ada kehadiran Pan-gon serta barisan kejurulatihannya untuk menganalisis setiap individu yang bermain pada hari perlawanan.

Pan-gon sudah membuat persediaan rapi pada awal lagi untuk memanggil pemain-pemain sesuai dengan taktikal yang ingin diterapkan olehnya.

Antara pemain yang tidak pernah kita bayangkan untuk mendapat panggilan kebangsaan ialah Khuzaimi Piee, Ruventhiran Vengadesan, David Rowley, Nur Shamie Iszuan dan lain-lain lagi.

Pan-gon mengemari aura sokongan yang berimpak tinggi seperti dilakukan oleh Ultras Malaya. — Facebook/FAM

4. Pemain ke-12

Kalau anda perasan, Pan-gon selalu menyeru penyokong-penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberikan sokongan sepenuhnya ketika pasukan kebangsaan bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Semua harus akui Pan-gon mengemari aura sokongan yang berimpak tinggi seperti dilakukan oleh Ultras Malaya.

Ini adalah satu bentuk motivasi dan betapa seriusnya dia untuk menanam aura menyokong di dalam barisan pemainnya.

Harimau Malaya sudah berlepas ke Thailand untuk menghadapi aksi kedua di Stadium Thammasat, Thailand pada Selasa. — Facebook/FAM

Malah, perubahan yang dilakukan oleh Pan-gon ini turut mendapat pujian rata-rata penyokong lawan apabila mereka berasakan skuad kebangsaan bukan lagi pasukan belasahan seperti dahulu.

Skuad negara akan menghadapi aksi kedua di Stadium Thammasat, Thailand pada Selasa dan sekali gus menentukan nasib sama ada berjaya melangkah ke pentas akhir Piala AFF ataupun tidak meskipun memiliki kelebihan defisit satu gol hasil jaringan tunggal Faisal Halim di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi semi final pertama pada Sabtu lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TMJ sahkan FAM-MFL setuju Liga M guna VAR musim depan – Sukan

Next Post

Import baharu Kedah pernah pengsan ketika beraksi, terpaksa dikejarkan ke hospital – Sukan

Related Posts