Dion Cools dilaporkan sertai FK Jablonec, tak jadi bersama JDT? – Sukan


BINTANG pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan kekal beraksi di Eropah bersama FK Jablonec sekali gus menepis khabar bahawa dia akan beraksi di kelab Malaysia.

Terdahulu, pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini telah menamatkan kontraknya bersama Midtjylland FC setelah beraksi bersama kelab Denmark tersebut selama dua musim.

Penamatan kontrak berkenaan membuatkan spekulasi mengenai potensi dia menyertai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) lebih awal tersebar memandangkan kelab dari Selatan itu pernah mengakui akan menggunakan khidmat pemain berusia 26 tahun tersebut pada musim hadapan.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat pada senarai nama 25 orang pemain yang bakal menyertai skuad kebangsaan di Kejohanan Piala Raja Thailand (King’s Cup) bermula 22 September nanti, Cools direkodkan sebagai pemain FK Jablonec sekali gus menepis khabar angin yang mengaitkannya dengan JDT itu.

Untuk pengetahuan, FK Jablonec adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Republik Czech.

Pada Jun lalu, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pihaknya sudah lama merancang untuk membawa masuk pemain kacukan Malaysia-Belgium itu.

TMJ turut mendedahkan, pampasan tinggi yang perlu dibayar kepada Midtjylland antara sebab mereka tidak mendapatkan Cools musim ini.

Menurut Pemangku Raja Johor itu lagi, skuad Harimau Selatan terlebih dulu akan menunggu sehingga kontrak Cools tamat sebelum membawanya masuk ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Footgolf’ antara resepi kapten Steffi kekal cergas, bantu Melaka pertahan PTSR – Sukan

Next Post

Liverpool kepatahan sayap bertemu Ajax – Sukan

Related Posts