Dikhabar tinggalkan Selangor, 3 kelab patut sambar bekas penjaring terbanyak Liga Super – Sukan


SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) musim 2022, akhirnya melabuhkan tirainya selepas Johor Darul Takzim (JDT) dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor FC 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil di ibu negara pada Sabtu.

Kekalahan skuad Gergasi Merah itu sekali gus membuatkan pasukan berkenaan terpaksa melupakan hasrat untuk merebut slot ke Piala AFC 2023 dan ia secara automatik menjadi milik Sabah FC.

Ia kerana berdasarkan peraturan yang ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sekiranya juara bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia merupakan kelab sama, maka slot kedua ke saingan Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super.

Bukan hanya bersedih ekoran terlepas pelung ke kejohanan Asia, malah penyokong The Red Giants turut dikhabarkan dengan perpindahan enam tonggak mereka.

Enam pemain itu terdiri daripada lima pemain import iaitu Herlison Caion, Hyuri (Brazil), Baha’a Abdulrahman, Yazan Al-Arab (Jordan), Safuwan Baharudin (Singapura) dan penyerang tempatan, Shahrel Fikri.

Shahrel jarang mendapat peluang dalam kesebelasan utama Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Bagi penyokong Gergasi Merah pula, kesemua enam pemain itu dilihat wajar untuk meninggalkan pasukan selepas kurang memberi impak.

Namun, segelintir daripada mereka berasakan Shahrel, yang juga dikenali sebagai Eky tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana masa permainannya juga terhad.

Selepas menyertai Selangor FC pada 2021, bekas penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan saingan Liga Super musim 2020 itu kurang menyerlah bersama skuad Gergasi Merah.

Oleh itu, perpindahan Shahrel ke pasukan lain sedikit sebanyak boleh mengembalikan kehebatannya untuk kembali menyumbat gol, sekali gus mendapat minit permainan.

Berikut merupakan tiga pasukan yang dilihat sesuai untuk membawa masuk pemain kelahiran Sabah ini dan membantu menggilap bakatnya kembali:

1) Perak FC

Shahrel meninggalkan Perak FC pada awal musim 2021. — Facebook/Perak FC

Pasukan The Bos Gaurus yang kini sedang agresif membawa masuk pemain baharu pastinya destinasi tepat buat Shahrel yang ingin mengambalikan taringnya dalam saingan Liga M.

Malah, ia sebenarnya situasi menang-menang untuk kedua-kedua pihak yang mana setakat ini Perak FC masih belum menandatangani penyerang berpengalaman selain pemain muda Harith Naem.

Keserasian pemain berusia 27 tahun itu bersama Perak FC juga tidak perlu dibicarakan lagi kerana sewaktu bersama skuad Seladang, dia muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan bagi saingan Liga Super musim 2020 dengan sejumlah 10 gol.

Di bawah sentuhan ketua jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim, Shahrel pasti menjadi penyerang yang digeruni bagi saingan musim depan.

2) Kelantan FC

Nixon hanya berjaya merekodkan empat gol dalam 12 aksi Liga Perdana musim ini. — Facebook/TRW Kelantan FC

Naib juara Liga Perdana 2022, The Red Warriors (TRW) yang difahamkan akan berwajah baharu pada musim depan juga dilihat sesuai untuk memburu khidmat pemain berketinggian 1.80 meter ini.

Jika Kelantan berjaya mendapatkan Shahrel pada musim depan, bekas pemain kebangsaan itu boleh menggantikan posisi penyerang import kelahiran Brazil, Nixon Guylherme.

Tonggak import itu terpaksa disingkirkan daripada skuad Kelantan berikutan isu kecergasan dan masalah kecederaan yang sering dialaminya.

Pengalaman Eky yang pernah beraksi pada saingan Liga Super bersama Selangor dan Perak FC pasti membantu Kelantan untuk memberikan ancaman pada bahagian serangan bagi saingan musim depan.

3) Kedah Darul Aman (KDA) FC

Skuad Sang Kenari boleh menjadi pilihan ketiga buat Shahrel untuk membantu mengembalikan mutu permainannya yang semakin pudar dek kerana kekurangan minit permainan.

Namun perkara itu boleh terjadi sekiranya bekas ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain disahkan berhijrah ke Darul Aman pada musim depan.

Nafuzi Zain merupakan antara jurulatih yang dikaitkan dengan Sang Kenari. — Facebook/ TFC

Jurulatih kelahiran Kelantan itu dikatakan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pengendali Sang Kenari, Aidil Shahrin Sahak.

Pengendali muda itu cukup sinonim dalam membantu mengembalikan keyakinan dan melihat kekuatan anak-anak buahnya.

Ia terbukti menerusi pengalaman pemain sayap, Faiz Nasir yang hanya menghabiskan satu musim bersama Selangor FC pada 2019 namun kembali di bawah kendalian Nafuzi.

Bukan itu sahaja, pemain pinjaman Selangor FC, Nik Sharif Hassefy juga contoh sesuai buat Eky jika ingin berlatih di bawah sentuhan pengendali itu.

Selepas dipinjamkan pada jendela perpindahan kedua, Nik Sharif kelihatan lebih mengancam di posisi sayap dan berhasil meledak tiga gol buat skuad Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Bank call hari-hari’, Syazwan Andik tak puas hati pemilik Melaka diam isu gaji tertunggak 5 bulan – Sukan

Next Post

‘Bismillah…’, Safawi, Syifa mohon urusan dipermudahkan, dapat ‘like’ Benjamin Mora – Sukan

Related Posts