Dikait pelbagai ‘rumors’, jawapan Pape Diakite terus jadi teka teki – Sukan


BERAKHIRNYA November bermaksud tamatnya kontrak kebanyakan pemain Liga Malaysia (Liga M) dan terbukanya jendela perpindahan sebelum musim baharu bermula.

Satu per satu berita ucapan selamat tinggal dan selamat datang daripada kelab-kelab domestik mula menyapa ruang media sosial penyokong bola sepak tempatan.

Bagi pemain ‘hangat di pasaran’, sudah tentu tempoh ini akan menyebabkan peminat setia berdebar-debar menantikan sama ada pemain mereka akan dikekalkan atau bakal menjadi hero di pasukan lain.

Bagi pertahanan kental Terengganu FC (TFC), Pape Diakite, prestasi cemerlangnya membantu pasukan Terengganu membuatkan penyokong skuad Penyu berharap dia dikekalkan.

Namun dengan persembahan meyakinkan sepanjang satu musim bersama skuad Hitam Putih, sudah tentu banyak kelab berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Tangkap layar muat naik Diakite di Twitter pada Jumaat.

Sebelum ini, pemain berketinggian 1.93 meter pernah dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim sekali gus menjadi salah satu destinasi sesuai untuk meningkatkan kemampuannya.

Terdapat juga pandangan bahawa dia akan mengikuti jejak bekas ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain ke Kedah.

Terdahulu, pemain berusia 29 tahun itu tidak mahu menjawab persoalan media berkenaan hal tersebut bagi menghormati statusnya sebagai pemain yang masih berada di dalam ikatan kontrak bersama TFC.

Bagaimanapun, Diakite nampaknya tidak lagi mahu membisu apabila membuat satu kenyataan berkenaan statusnya dalam liga M musim depan menerusi akaun Twitter peribadinya pada Jumaat.

“Kepada semua peminat TFC. Ramai di antara kamu mahu saya kekal pada 2023 atau apakah saya mahu kekal.

“Sekarang ini, saya sedang seronok menghabiskan masa saya. Saya akan dedahkan kebenaran tidak lama lagi. Insya_ALLAH. Teruskan menunggu,” tulisnya beserta emoji Love.

Sebagai bek tengah, Diakite merupakan pemain kepercayaan Nafuzi untuk membantu menguatkan kubu pertahanan skuad Sang Penyu dengan masa permainan 2,222 minit musim ini.

Jadi, adakah Diakite akan kekal bersama TFC, ikut Nafuzi ke pasukan baharunya atau memilih haluan sendiri? Sama-sama kita nantikan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siapa pengganti 5 import asal jadi sebutan, 4 poin penting 3 muka baharu pacu impak positif Sang Kenari musim 2023 – Sukan

Next Post

Bekas rakan sepasukan dedah Nafuzi miliki skil taktikal sejak usia muda, harap yang terbaik jika ke KDA FC – Sukan

Related Posts