Digelar ‘Diamond of Sabah’, Henrietta masa depan bola sepak wanita Malaysia – Sukan


NASIB tidak menyebelahi dan faktor kecederaan merupakan antara sebab Henrietta Justine gagal menghadiahkan sebarang jaringan kepada Negeri Sembilan selepas tumpas 0-1 di tangan Melaka United dalam aksi menentang Negeri Sembilan 1-0 pada aksi final Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Ahad malam.

Henrietta mengakui sedikit kecewa tidak dapat membantu pasukannya untuk memenangi kejuaraan dan sekali gus gagal menambah rekod jaringannya bagi kejohanan PTSR.

Pemain kelahiran Tambunan, Sabah itu memenangi penjaring terbanyak PTSR 2022 dengan tujuh gol.

Henrietta memenangi anugerah penjaring terbanyak PTSR 2022 dengan tujuh gol. — Facebook FAM

“Untuk permainan semalam saya rasa bangga kerana kami main all out sebab bukan senang untuk bermain dalam tempoh 120 minit.

“Semalam sebelum permainan, saya tidak rasa sakit lagi tetapi sewaktu game harmstring saya rasa sakit. Ia jadi faktor untuk susah bergerak. Bila saya bergerak laju, memang rasa sakit.

“Ada beritahu jurulatih tapi saya paksa diri untuk bermain. Saya memang niat nak main betul-betul untuk Negeri Sembilan,” katanya kepada Majoriti.

Bukan sahaja cemerlang pada PTSR 2022, malah Henrietta juga adalah pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL).

Disebut-sebut sebagai ‘Diamond of Sabah kerana rekod cemerlang dalam bola sepak dan berjaya dalam bidang akademik, Henrietta mengakui berasa terbeban dengan dengan jolokan itu.

Anak jati Sabah itu juga bergiat aktif dalam sukan futsal. — Facebook PBNS

Dia yang kini menyambung pengajian di peringkat Diploma Kecergasan di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), pemain kebangsaan Malayan Tigress itu akan berusaha untuk membahagikan masa antara pelajaran dan bola sepak.

“Jolokan itu buat saya rasa bangga tapi dalam masa yang sama itu adalah cabaran. Setiap pemain ada fasa dia down, tanggapan itu jadi cabaran untuk kekalkan prestasi.

“Untuk PTSR kali ini ada jadual yang disediakan. Syukur masa latihan untuk PTSR, kami cuti semester.

“Kalau ada kejohanan lain kami memang ulang-alik dari UPNM. Penat tapi kena berkorban untuk bola. Saya bagi 100 peratus usaha untuk bola,” tambahnya yang turut terlibat dalam sukan futsal.

Menurut pemain berusia 20 tahun itu, dia mula berjinak-jinak dalam dunia bola sepak sejak kecil lagi iaitu selepas bermain bersama abang dan rakan-rakannya.

Henrietta juga berkata, bahawa dia mungkin akan menjadi penari jika tidak bermain bola kerana minatnya dalam seni tarian sejak kecil lagi.

Negeri Sembilan terpaksa akur menerima tempat kedua dalam kejohanan PTSR 2022. — Facebook FAM

Meminati pemain Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman, Henrietta berasa tonggak Harimau Selatan itu membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk menyinar dari pemain senior.

“Luar negara idola saya Alex Morgan iaitu pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat. Kalau dalam Malaysia minat Arif Aiman sebab cara dia bawa bola itu ada skill. Walaupun dia pemain muda, dia tetap tunjuk bakat dia dan membuktikan dia layak main,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Liverpool kepatahan sayap bertemu Ajax – Sukan

Next Post

Rahadiazli mohon maaf, syukur dipilih kem latihan Harimau Malaya – Sukan

Related Posts