Didakwa sogok sampul RM5,000 rasuah pengadil, Pengarah Sabah FC cabar tunjuk bukti dekat SPRM, polis – Sukan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman penggantungan serta-merta pada Ahad terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2023.

Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM telah bersidang pada Sabtu bagi meneliti laporan daripada Penilai Pengadil perlawanan tersebut serta klip-klip rakaman video setiap insiden aksi antara Sabah menentang Penang.

Keputusan itu diambil selepas Zulkarnain didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah FC pada minit ke-41 dan minit 90+9 pada aksi kelima Liga Super 2023, di Stadium Likas.

Zulkarnain digantung daripada mengadili semua perlawanan Liga Malaysia 2023. — Facebook/Penang FC

Meskipun isu berkenaan sudah selesai, namun lain pula jadinya apabila ada penyokong The Rhinos mendakwa pasukan berpangkalan di Borneo itu memberi sogokan kepada pengadil perlawanan.

“Tak habis-habis pengadil kamu ini. Tiada pula berani cakap RM5,000 dalam sampul sebab tempat sendiri ka? Itu hari bukan main lagi masa lawan Pahang..terima sahaja lah kemenangan kita.

“Tidak terima pergi FAM beritahu Sabah menang tidak sah. Orang mahu putus nafas sudah dalam padang banyak lagi rempah kari kamu. Di tolak pun itu penalti masih juga Sabah menang 3-1,” dakwa penyokong yang menggunakan nama akaun Lamdah Anjah Lamdah Anjah.

Susulan daripada dakwaan penyokong tersebut, pengarah Sabah FC, Datuk Jelani Hamdan berkata, bahawa beliau memandang serius akan perkara itu dan mencabar pengguna Facebook tersebut memberikan bukti.

Jelani berkata, pihak Sabah FC tidak akan sama sekali berkompromi dengan isu rasuah dan jika benar perkara tersebut berlaku, beliau tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Saya memandang serius kenyataan ini. Saya belum kategorikan ia sebagai tuduhan sebab ayat-ayat di atas sangat ‘vague’ dan tidak secara spesifik dan masih berbentuk hearsay. 5 ribu dalam sampul? Siapa bagi? Untuk apa? Kepada siapa?

“Sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) merangkap Pengarah dan Pengerusi Sabah FC, saya tidak mahu SAFA dan Sabah FC kembali dipandang serong malah dituduh rasuah atau pemberi rasuah.

“Kalau ada bukti sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis. Saya tidak akan lindungi mana-mana individu (kalau ada) yang terlibat termasuk pihak pengurusan, jurulatih, pemain dan lain-lain. Asal ada bukti yang kukuh saya akan pecat dan saya sendiri buat laporan kepada yang berwajib,” kongsinya di laman Facebook peribadinya pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selain Tomislav kena bagi tunjuk sebab, seorang lagi coach Liga M mungkin ‘direhatkan’ – Sukan

Next Post

Cheng Hoe: Seorang jurulatih, seorang budiman – Sukan

Related Posts