Dianggap pasukan ‘hampir siap’, pakar label skuad KPG sebagai ‘dream team’ – Sukan


UJIAN kekuatan sebenar Harimau Malaya akan menanti di Chengdu tidak lama lagi dengan skuad Kim Pan-gon bakal berdepan Syria dan China.

Ini adalah ujian paling sukar buat Malaysia setakat ini yang dilihat cukup berjaya dibawah kendalian Pan-gon. Malah, pengendali dari Korea Selatan itu turut mengatakan ini adalah medan terbaik mengukur kekuatan sebenar para pemainnya.

Di saat keyakinan penyokong berada di tahap tinggi ketika ini, jika rentak cemerlang di padang berjaya disambung dengan mendapatkan keputusan positif bertemu Syria dan China maka sokongan pastinya akan terus meningkat.

Penganalisis bola sepak, Dr Pekan Ramli menjangkakan Harimau Malaya mampu untuk meraih kemenangan atau sekurang-kurangnya seri bila bertemu dua negara tersebut.

Faktor utamanya adalah kerana skuad kini telah dilabelkan oleh Pekan sebagai “dream team” dan sekali pandang serupa pasukan Eropah.

Arif Aiman bakal jadi sandaran utama Harimau Malaya di China. — Facebook/FAM

“Skuad yang dibawa ini boleh saya anggap dream team, kombinasi material terbaik pemain kacukan atau warisan dan pemain naturalisasi serta pemain tempatan terbaik yang menonjol di Liga Malaysia.

“Gambaran skuad ini pun kalau sekali lihat bila turun di padang pun dah hampir macam pasukan Eropah, jadi wajah baru skuad Harimau Malaya ini yang pasti akan mengejutkan peminat bola sepak di Chengdu nanti dan ia juga perlu sepadan dengan persembahan terbaik di sana nanti,” katanya kepada Majoriti.

Tambah Pekan lagi, skuad yang dibawa kali ini boleh dikatakan sebagai “hampir siap” dan Pan-gon cuma perlu melakukan tuning bagi memastikan segalanya bergerak dengan sempurna.

“Ya, ini skuad hampir siap, komponen semua sudah lengkap, acuannya juga ada, cuma tinggal untuk siap pasang dan untuk diuji. Harap-harap ia mencapai prestasi yang optimum dan lulus piawaian tertinggi di Chengdu nanti,” tambah Pekan.

Skuad Malaysia menjalani latihan di Wisma FAM sebelum terbang ke China. — Facebook/FAM

Pekan juga menekankan betapa pentingnya keputusan positif bagi skuad kebangsaan dalam dua perlawanan ini. Pada hematnya, prestasi dan keputusan dalam dua perlawanan ini akan menentukan kekuatan semasa Harimau Malaya.

“Saya harap Pan-gon sudah mula masuk ke fasa untuk menetapkan dan menilai serta mmantapkan kesebelasan utama yang sudah hampir dikenalpasti sepenuhnya untuk diturunkan menentang Syria dan China nanti. Lagi cepat dia dapat mengenalpasti kesebelasan utamanya lagi mantap dan kukuhlah keserasian yang boleh diwujudkan diantara pemain nanti.

“Hasil dua perlawanan persiapan menentang Syria dan China ini juga bagi saya sangat penting, ia bukan lagi strategi menjaga ranking tetapi untuk memberi gambaran sejauh mana kita boleh mengharungi lawan sebenar pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November nanti. Begitu juga untuk pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari depan,” ujar Pekan.

Jika Malaysia berjaya menundukkan Syria, ia akan mengulangi kejayaan melakukan perkara sama pada 2009 apabila mereka melakukannya di Kuala Lumpur dalam aksi persahabatan.

Rekod lama juga boleh dipecahkan Harimau Malaya seandainya berhasil menewaskan China. Kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan negara tersebut adalah pada 1980 iaitu 43 tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Safawi Rasid sekali lagi mahu gegarkan ‘Tembok Besar’ China – Sukan

Next Post

Aduhai malangnya MU, lagi bintang disiasat selepas Mason Greenwood angkara kerjakan teman wanita – Sukan

Related Posts