Dianggap ‘Harry Maguire’ ketika jumpa kelab Dion Cools, import sasaran mungkin jadi ‘duri dalam daging’ Sang Kenari – Sukan


SAINGAN Liga Thailand Divisyen satu musim 2022/2023 yang baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kelab gergasi Thailand, Buriram United mengesahkan kejuaraan dengan mengumpul 74 mata dari 30 perlawanan musim ini.

Oleh itu, tidak peliklah jika beberapa pemain dari Liga Thailand sudah mula mengumumkan mengenai penghijrahan mereka dari kelab masing-masing seperti Safawi Rasid baru-baru ini.

Pemain sayap itu difahamkan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Thailand, Ratchaburi FC selepas beraksi sebagai pinjaman selama hampir lima bulan.

Selain daripada Safawi, antara nama besar yang turut mengucapkan selamat tinggal kepada kelab mereka ialah David Rochela daripada Port FC dan terbaharu, Lucas Rocha yang meninggalkan pasukan Muangthong United.

Menerusi laman Instagram, Rocha mengumumkan hubungan bersama Muangthong sudah berakhir selepas hampir empat tahun menyarung jersi pasukan liga divisyen satu Thailand itu.

Rocha menyertai Muangthong sejak musim 2020. — Instagram/Rocha

Selepas sahaja pengumuman berkenaan, penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC menyimpan hasrat untuk melihat pemain kelahiran Brazil itu berganding bersama Bojan Ciger di bahagian pertahanan Sang Kenari.

Perkara itu sememangnya akan menjadi idaman buat penyokong Sang Kenari yang berharap agar jentera pertahanan KDA FC semakin ‘kebal’ menjelang pusingan kedua Liga Super nanti.

Walaupun pemain berusia 27 tahun itu mempunyai rekod yang baik di negara jiran namun pastinya Rocha juga tidak lari daripada membuat kesilapan ketika perlawanan bersama Muangthong.

Rocha pernah membuat kesilapan dengan menjaring dua gol di gawang sendiri pada musim ini dan perkara itu persis dengan gaya bek tengah Manchester United, Harry Maguire.

Ciger merupakan antara bek tengah terbaik KDA FC pada musim ini. — Instagram/Ciger

Kesilapan pertama ketika perlawanan yang menyaksikan Muangthong tewas 1-5 di tangan Chonburi FC dan satu jaringan ‘disedekahkan’ Rocha untuk pasukan lawan.

Kesalahan kedua ketika perlawanan penting menentang Buriram United bagi pusingan kedua Piala Liga Thai 2022/23 yang mana Rocha juga mencetak jaringan di gawang sendiri.

Disebabkan kesilapan Rocha, skuad yang turut dibarisi pemain skuad kebangsaan, Dion Cools itu mendapat laluan ke suku akhir dengan kemenangan tipis 2-1.

Justeru itu, kesilapan mudah yang pernah dilakukan Rocha itu membuatkan ada penyokong risau jika pemain pertahanan tersebut akan membawa ancaman dalam kem Sang Kenari jika sah berhijrah ke Stadium Darul Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Tonggak muda Man United dipukul, dimarah penyokong lawan – Sukan

Next Post

Selain Sang Badak, jejaka import Korea Selatan boleh jadi sasaran 2 lagi pasukan gergasi Liga Super – Sukan

Related Posts