Di sebalik cerita Pique bakal tiba di SSI, penyokong JDT tetap ingat pesanan TMJ – Sukan


PENGUMUMAN kemasukan pemain baharu ke Johor Darul Takzim (JDT) pada Isnin membangkitkan perasaan teruja dan tanda tanya dalam kalangan penyokong tegar Harimau Selatan.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards selepas di laman rasmi kelab berkenaan yang menyatakan bahawa terdapat empat pemain baharu akan dibawa masuk ke pasukan berkenaan.

“Berhubung dengan pemain baharu, kelab telah mengenal pasti empat pemain baharu dengan tiga pemain luar negara dan seorang tempatan,” katanya.

Berikutan pengumuman itu, terdapat beberapa nama bintang dipetik bakal memperkukuhkan lagi JDT pada musim depan terutamanya dalam kejohanan Liga Juara-juara AFC (ACL) musim depan.

Antara nama tonggak yang dikaitkan dengan JDT ialah pemain import Penang FC, Endrick Dos Santos dan pemain kelahiran Argentina, Papu Gomez.

Selain tiga tonggak itu, bintang ternama Barcelona, Gerard Pique turut dilaporkan akan tiba ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Pemain yang sudah mengumumkan persaraannya itu bukan nama asing lagi dalam kalangan penggemar bola sepak, bukan sahaja cemerlang di peringkat kelab, Pique juga membantu negaranya Sepanyol menjulang apiala Dunia pada tahun 2010.

Ura-ura mengaitkan bekas tonggak pertahanan skuad kebangsaan Sepanyol itu dengan JDT semakin rancak diperkatakan dalam kalangan penyokong meskipun status sebenar mengenainya masih tidak diketahui.

Pique diraikan oleh rakan sepasukannya di Barcelona sewaktu mengumumkan mengenai persaraannya. — Agensi

Perkara itu mula tersebar apabila seorang penyokong Harimau Selatan, Juan Budiman membuat satu hantaran di laman Twitternya yang mengatakan bahawa Pique merupakan salah satu daripada pemain import JDT musim depan.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan penyokong bercerita mengenai desas-desus pemain berusia 35 tahun itu ke JDT, terdapat penyokong yang masih berpijak di bumi nyata dan mengingati pesanan pemilik kelab Harimau Selatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada penghujung September lalu, Tunku Ismail menyatakan enggan menjadikan kelab pemenang juara Liga Super sembilan kali itu sebagai tempat persaraan pemain ternama.

Hal ini kerana Tunku Ismail mahukan setiap pemain yang datang ke skuad Harimau Selatan memberi komitmen sepenuhnya kepada pasukan.

” TMJ pernah cakap. JDT bukan tempat untuk pemain ternama pencen…dan sisa-sisa terakhir mereka di sini dengan gaji yang besar tapi kalau dia ambik..cakap tidak serupa bikin lah,” kata penyokong, Johor Azam Selamanya.

Malah, tidak kurang juga ada yang bergurau bahawa Pique hanya singgah ke SSI bagi menonton perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kelantan FC.

“Pique dilaporkan akan menyaksikan perlawanan antara JDT bertemu Kelantan pada Jumaat ini,” komen penyokong JDT, Jamaluddin Dins.

“Dia datang cuma nak tengok JDT lawan Kelantan pusingan kedua nanti,” tulis Mohd Nasir Hanafi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Faisal Halim kongsi cerita, macam mana TFC menang dengan 10 pemain – Sukan

Next Post

Kelebihan 2 gol bukan tiket mudah ke semi final — Cheng Hoe – Sukan

Related Posts