“Di mana Leo Messi?” – Barcelona terkena ‘jampi’ penyokong Cadiz

KEHADIRAN Barcelona ke Estadio Nuevo Mirandilla untuk menentang Cadiz dalam aksi Liga Sepanyol (La Liga) pada Jumaat diselubungi perang psikologi oleh para peminat pasukan tuan rumah sebelum kedua-dua pasukan akhirnya terikat seri tanpa jaringan.

Para penyokong Cadiz menyanyikan lagu “Di mana Leo Messi?” sejurus pemain Barcelona tiba di stadium berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji Messi dibayar dengan kripto

ARTIKEL BERKAITAN: Messi, Neymar, Kylian Mbappe perlukan masa

Perang psikologi itu dilihat berjaya apabila Barcelona terus dirundung malang selepas gagal memecah kebuntuan dalam perlawanan terbabit.

Tambah malang, pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong juga dilayangkan kad merah pada minit ke-65.

Malah, pengurus Barcelona, Ronald Koeman turut dilayangkan kad merah pada minit akhir perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

Keputusan seri itu menyaksikan Barcelona gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan di semua pertandingan.

Barcelona juga hanya merekodkan satu jaringan gol dalam tiga perlawanan terakhir, sekali gus membuktikan kehilangan Messi amat dirasai.

Menurut pemain Barcelona, Sergi Roberto, dia yakin tentang kemampuan skuad Barcelona ketika ini tetapi harus memberikan aksi yang terbaik di atas padang.

“Kami harus berjuang dalam saingan liga. Kami adalah Barca. Bagi saya, tidak memadai hanya menamatkan saingan di tempat keempat liga.

“Kami memiliki pemain yang bagus dan skuad kompetitif di La Liga,” ujarnya. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Langkawi City jalin kerjasama dengan Borussia Dortmund

Next Post

Rossi langsung tak rindu sesi ujian MotoGP

Related Posts