Desak Gergasi Merah bangkit tanpa alasan, jangan ingat senang nak tewaskan The Rhinos – Sukan


MENJELANG perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT), tumpuan pasti diberi sepenuhnya dalam persembahan itu untuk menyaksikan kejuaraan sesebuah pasukan pada Sabtu.

Namun, di sebalik perlawanan gergasi itu, terselit satu pertemuan Liga Super antara dua pasukan yang mempunyai cabaran dan sasaran yang berbeza musim ini, juga pada Sabtu malam.

Pertemuan di Stadium Likas bakal melihatkan Sabah FC menerima kunjungan The Red Giants dalam misi menamatkan kemarau kemenangan yang dihadapi kedua-dua kelab itu.

Bagi Sabah FC, peluang mereka untuk mengejar slot Piala Asia 2024 seakan terkesan berikutan prestasi mereka yang sedikit merudum dengan hanya dua keputusan seri yang berjaya dicatat dalam dua perlawanan sebelum ini.

Meskipun mereka kelihatan selesa di kedudukan kedua liga, kemaraan Negeri Sembilan FC (NSFC) semakin sukar untuk dibendung, lebih-lebih lagi dengan kemenangan 3-2 yang dicatatkan ke atas Sarawak United FC pada Jumaat.

Perkara tersebut semestinya memberi tekanan kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang mempunyai keazaman untuk beraksi di pentas Asia buat kali pertama sejak 1995.

Sabah FC sekadar mampu berkongsi mata dalam pertembungan dengan KL City FC sebelum ini. — Instagram/officialsabahfc

Bagi penonton pula, kehadiran mereka di stadium itu semestinya tidak mahu diakhiri dengan kekecewaan apabila mereka mahu kemenangan berpihak buat The Rhinos.

“Perlawanan malam ini (Sabtu) wajib dimenangi Sabah FC kerana saya lihat, sekiranya pasukan ini kalah atau seri, terdapat kemungkinan untuk NSFC memintas Sabah FC jika mereka menang selepas ini,” kata Seizz Uwin.

“Tiada mana-mana pemain boleh lalai dalam permainan menentang Selangor FC, tiada pilihan lain selain untuk mencatatkan kemenangan. Saya juga harap tiada lagi pendekatan taktikal untuk mengejar gol sepanjang perlawanan,” kata Juar Siwara.

“Saya harap kita tidak dibolosi dengan awal dan saya mahu pemain Sabah FC mengasak Quentin Cheng sepanjang perlawanan kerana kemampuannya untuk menghasilkan gol,” kata Lengcai Krip.

Sementara itu, penyokong Selangor FC juga berharap rentak permainan yang ditonjolkan ketika bertemu JDT dapat diteruskan dalam perlawanan wajib menang itu.

Meskipun hanya berjaya memperolehi satu mata dalam lima perlawanan lepas, penyokong seakan-akan percaya tiga mata penuh mampu dibawa pulang dalam pertembungan epik berdepan Sabah FC.

Peluang mereka untuk menambah baik kedudukan dalam liga seakan-akan sudah tertutup apabila melihat 17 mata yang dikumpul setakat ini tidak mampu membawa sebarang hasil lebih lumayan.

Mampukah Selangor FC mengutip tiga mata penuh berdepan Sabah FC? — Facebook/Selangor FC

Namun, perkara itu bukanlah satu petanda untuk mereka mengibarkan bendera putih walaupun percaya akan ancaman dan kemampuan kesemua pemain The Rhinos musim ini.

“Walaupun saya faham kemenangan bukanlah sesuatu perkara yang sukar dicapai, tetapi saya tahu ia adalah satu-satunya yang diperlukan buat Selangor FC ketika ini.

“Sekiranya perlawanan ini berakhir dengan kekalahan buat The Red Giants, ia bermakna pasukan ini masih belum melakukan sebarang perubahan walaupun seri dengan JDT sebelum ini,” kata Nizam Ejam.

“Saya harap pemain yang turun ke padang dapat menunjukkan corak permainan seperti mana yang ditunjukkan dalam perlawanan ketika berdepan JDT sebelum ini,” kata Indra Shah.

“Mainlah dengan penuh bersemangat dan saya mahu pasukan ini membawa pulang tiga mata kerana kita pun sudah lama tidak menang dalam liga musim ini,” kata Naim Maarof.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi pusingan pertama Liga Super Jun lepas, sebelum Selangor mengecewakan Sabah 2-0 di peringkat suku akhir Piala FA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kecoh depan pintu masuk SNBJ, penyokong desak masuk stadium lebih awal sebelum pukul 6 petang – Sukan

Next Post

Digelar JDT versi wanita, skuad Milah tak sabar nak ratah juara bertahan Piala Tun Sharifah Rodziah 2022 – Sukan

Related Posts