Desak bongkar identiti geng kasual atau bola sepak negara jahanam? – Sukan

IDENTITI sekumpulan individu yang hadir di stadium ketika perlawanan bola sepak Liga Malaysia bermotifkan provokasi terhadap penyokong-penyokong kelab perlu didedahkan.

Ini kerana tindakan mereka bukan sahaja merosakkan suasana perlawanan, malah menimbulkan fitnah terhadap penyokong-penyokong kelab terlibat.

Perkara ini didedahkan oleh Pentadbir Kelab Tegar Melaka United, Rinkashi atau lebih mesra dengan panggilan Abang Rim yang berada di Stadium Hang Jebat, Melaka ketika aksi penyokong casual berlaku.

Merujuk kepada video yang tular selepas perlawanan Liga Super antara Melaka United dan Sri Pahang FC Sabtu lalu, Rinkashi menegaskan bahawa dua individu yang bergaduh itu bukan penyokong Melaka atau Pahang.

Justeru, Rinkashi berharap pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil serius isu ini agar ia tidak menjadi budaya dalam kancah bola sepak negara.

Insiden pergaduhan pada perlawanan Perak menentang Kelantan pada 10 Ogos lalu. — Agensi

“Kepada yang melihat adegan video tersebut, cuba perhatikan budak pakai baju biru yang kena pukul. Bila dia kena pukul, dia boleh berundur.

“Kemudian berlaku satu balingan mercun yang memberhentikan pergaduhan itu. Saya syak mereka ini di bawah satu individu yang mahu merosakkan imej bola sepak negara.

“Ini kerana mereka berdua itu beraksi sesama sendiri. Satu perkara mengenai penyokong ‘casual’ ini adalah mereka tidak akan memakai jersi pasukan.

“Si perakam dan penyebar video juga dalam kalangan mereka. Mereka mahu mengambarkan seolah-olah sesuatu sedang berlaku dalam arena bola sepak negara.

“Letupan mercun yang dibaling itu sebenar mesej daripada ketua mereka bagi menandakan mereka patut bersurai.

Tangkap layar Instastory pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail mendedahkan muat naik penyokong casual pada Sabtu lalu.

“Situasi seperti itu bukan sahaja berlaku pada perlawanan melibatkan kelab. Tetapi ia juga berlaku pada perlawanan Harimau Malaya.

“Saya berharap pihak FAM berkerjasama dengan pihak polis membanteras perangai penyokong-penyokong casual ini.

“Mereka bukan sahaja melanggar peraturan stadium, mereka juga melanggar etika agama. Mereka berbau alkohol.

“Saya yang berada di sisi mereka dapat cium bau itu. Jadi, saya harap pihak FAM dapat membendung perkara ini,” katanya.

Dalam video tersebut menunjukkan penyokong berbaju biru berlari dan menendang lelaki berbaju putih sebelum kedua-duanya berbalas tumbukan dan tendangan.

Pergaduhan tersebut juga menyebabkan kedua-dua lelaki itu jatuh berguling ke bawah dan video berakhir dengan balingan mercun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TFC tak buat kerja, Ahmad Samsuri tahu ke? Penyokong geram habis ubi muda kena rembat JDT – Sukan

Next Post

‘Nak all out,’ Balachandran guna taktik agresif lawan PJ City – Sukan

Related Posts