Demi ibu, Ailton Silva sah tinggalkan Kelantan United – Sukan


PENGARAH Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman sahkan mencapai persetujuan bersama Ailton Silva untuk bawa haluan masing-masing.

Menurut Zul Ikman, Silva terpaksa ucap selamat tinggal kerana pengendali berusia 57 tahun itu perlu segera pulang ke Brazil akibat ibunya mengalami masalah kesihatan.

Dalam pada itu, kekosongan Silva akan diisi oleh Penolong Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor yang bakal mengendalikan skuad Kijang Hijau bagi harungi baki tiga perlawanan Liga Super 2023.

Antara pencapaian terbaik Silva adalah membawa skuad Kijang Hijau mara ke separuh akhir MFL Challenge Cup 2023. — Facebook/Kelantanunitedfc

Silva menyertai Kelantan United pada Jun lalu bagi menggantikan Tomas Trucha dan antara pencapaian terbaik ialah membawa kelab ke separuh akhir MFL Challenge Cup 2023.

“Berita ini adalah benar, ia adalah mutual termination antara kedua pihak.

“Kita menaruh keyakinan kepada jurulatih yang dilantik cuma ini adalah faktor emaknya yang tidak sihat. Umurnya 80 lebih jika tak silap saya dan duduk seorang, itu yang Coach Ailton terpaksa balik.

“Kita ada lagi tiga baki perlawanan, kalau nak ambil jurulatih lain pun melibatkan kos.

“Jadi lebih baik kita guna jurulatih sedia ada, iaitu Nazrul. Tak perlu kita nak tambahkan kos”, katanya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Bruno Fernandes lakar gol cantik tapi CR7 tiba-tiba naik angin – Sukan

Next Post

[VIDEO] Gol luar biasa bintang Besiktas hiasi derbi liga Turkiye – Sukan

Related Posts