Debaran slot Piala Malaysia, milik Penang FC atau Melaka United? – Sukan


SEDAR tak sedar, 20 September (Selasa) merupakan tarikh akhir yang diberikan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada kepada Melaka United untuk menyelesaikan segala isu tunggakan gaji atau mencapai persetujuan bersama pegawai dan pemain yang terlibat.

Jika gagal, Melaka United akan kehilangan slot ke Piala Malaysia biarpun layak secara automatik bertanding ke kejohanan tersebut.

Ini mungkin menyaksikan Penang FC boleh menggantikan skuad Hang Tuah untuk slot Piala Malaysia

Selain itu, skuad Hang Tuah juga berpotensi berdepan tindakan yang lebih berat sekiranya tunggakan gaji tidak diselesaikan sebelum tarikh yang diberikan.

Ia termasuk kelab berdepan risiko terjejas lesen selain disekat daripada merekut pemain-pemain baharu pada musim depan.

Skuad Sang Kancil juga bakal dikenakan sekatan perpindahan dalam jendela akan datang seperti mana yang pernah dikenakan terhadap pasukan Liga Malaysia.

Masalah gaji membelenggu Melaka United FC sejak tiga bulan lalu bermula Ogos.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) turut mengesahkan menerima laporan daripada 17 orang pemain MUFC pada 8 Ogos 2022 mengenai tunggakan gaji bagi bulan Jun dan Julai serta baki bayaran bagi bulan Januari 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Bagi soalan power-power’ — TMJ bidas ‘palatao keyboard warrior’, ajak jumpa depan-depan malam ini – Sukan

Next Post

Liverpool sanggup pecah tabung buru tandatangan ‘wonderkid’ Dortmund – Sukan

Related Posts