Daud Bakar selit mesej ketika umum jadi pemilik baharu KDA FC — ‘Lebih baik diam daripada cakap ikut lidah, nafsu’ – Sukan


PENAUNG Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengumumkan bahawa beliau kini pemilik baharu kelab tersebut.

Pengumuman itu dibuat pada Ahad berdasarkan satu rakaman video yang dimuat naik Pattani FC.

“Saya bernama Dr Daud Bakar. Saya adalah pengerusi dan pemilik Kedah Darul Aman FC.

“KDA FC adalah di sebelah selatan (Thailand). Satu pasukan yang berusia 100 tahun, ditubuhkan pada 1924.

“Saya sudah menjadi pemilik baharu semalam. (Ahad). Sebelum ini saya adalah penaung / pengerusi (patron) KDA FC.

“Saya ingin menjemput pihak Pattani, pemain dan pengurus FC, serta His Excellency Syed Jufri untuk bersama-sama kami di Stadium Darul Aman bila mana sahaja bersedia untuk datang ke Alor Setar,” katanya dalam rakaman itu.

Daud Bakar ketika berucap pada majlis pelancaran jersi baru Pattani FC. — Facebook

Sementara itu, Daud Bakar menerusi hantaran berasingan di Facebook berkongsi mengenai pengumuman tersebut.

Menurutnya, Pattani FC dan KDA FC bersedia untuk jalin kerjasama dan sebagai permulaan dengan adanya perlawanan jemputan antara kedua-dua pasukan.

Berkongsi warna pasukan hijau dan kuning, beliau percaya melalui rangkaian kelab itu mampu erat kerjasama lebih jauh dalam membangunkan bola sepak di Kedah.

“Selepas saya memperkenalkan diri saya sebagai penaung kepada Kedah Darul Aman FC, saya terus menjemput Pattani FC datang ke Stadium Darul Aman untuk perlawanan persahabatan.

Laman Wikipedia KDA FC mengemas kini nama Daud Bakar sebagai pemilik kelab tersebut. — Wikipedia

“Saya juga menyatakan hasrat untuk Kedah FC membuat perlawanan persahabatan di Pattani. Kebanyakan pemain Pattani FC adalah dalam kalangan pemain Muslim di beberapa wilayah di Selatan Thailand.

“Ada juga beberapa pemain import. Liga di Thailand amat berprestij. Kedah FC juga mempunyai seorang pemain dari Thailand iaitu Sanrawat Dechmitr. Semua kenal beliau sebagai pemain yang baik,” katanya.

Beliau turut diperkenalkan kepada pegawai Pattani FC yang mana salah seorang dari mereka adalah bekas Presiden Persatuan Bolah Sepak Thailand seperti FAM di Malaysia.

“Saya sudah ada contact baru kalau perlu apa-apa bantuan dan maklumat di Thailand. Kebetulan juga beliau bekas pelajar di Universiti Kuwait tempat saya belajar tetapi lebih senior.

“Inilah kehebatan networking dalam kehidupan. Biar semua jadi kawan. Tak payah cakap perkara yang menyakiti orang lain walaupun kita lebih tinggi. Lebih baik diam daripada cakap ikut lidah dan nafsu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini, KDA FC diuruskan oleh Darulaman Football Club Sdn Bhd.

Pada masa sama, laman Wikipedia turut mengemas kini nama Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tengku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff juga sebagai pemilik skuad Sang Kenari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rahadiazli pasrah jika tak beraksi lawan JDT – Sukan

Next Post

Lee Tuck hanya satu pilihan, KPG ada jawapannya – Sukan

Related Posts