Data, statistik bukti Chong Wei layak berada di Hall of Fame 2023 BWF — Hannah – Sukan


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pengiktirafan kepada Chong Wei dalam Hall of Fame 2023 BWF itu juga berdasarkan data dan statistik oleh BWF.

“Saya ada di sana semasa beliau (Chong Wei) dan Lin Dan menerima anugerah dan pengiktirafan itu…kalau kita lihat data serta statistik saya percaya BWF mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memberi pengiktirafan itu.

“Kita juga bangga dengan pencapaian Lee Chong Wei,” katanya kepada pemberita selepas Flag-Off Separuh Maraton Balik Pulau 2023 di Kompleks Sukan Balik Pulau di Balik Pulau, Pulau Pinang pada Ahad.

Hannah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dalam satu video yang viral di media sosial, seakan tidak bersetuju dengan pemilihan Chong Wei untuk pengiktirafan tersebut.

Hannah (kanan) merasa durian Balik Pulau pada program Balik Pulau Half Marathon 2023 pada Ahad.

Dalam video itu, Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak mendapat pengiktirafan itu, namun beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain Malaysia berkenaan dalam senarai itu.

Pada 26 Mei lepas, Chong Wei, 41, dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton kerana muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.

Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan beliau meraih 47 gelaran Siri Super atau Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara Kejohanan Dunia pada 2011, 2013 dan 2015.

Terdahulu, seramai 4,000 peserta dari 24 negara menyertai separuh maraton Balik Pulau itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penyokong maut, jatuh dari tempat duduk stadium selepas 26 minit perlawanan berlangsung – Sukan

Next Post

‘See you again hermano’, ucapan Nurshamil Ghani perkukuhkan penghijrahan rakan sepasukan – Sukan

Related Posts