Darren Lok enggan mendabik dada, tekad bawa Sang Badak lebih jauh – Sukan


MUSIM ini, penyerang tanah air, Darren Lok berada dalam prestasi terbaik dalam membantu Sabah FC bersaing dalam Liga Super dan Piala AFC.

Enam gol dan satu bantuan jaringannya dalam 19 penampilan meletakkan pasukan Borneo itu di tangga keempat liga dengan hanya dua perlawanan berbaki.

Prestasi memberangsangkan itu diteruskan dalam saingan peringkat Asia dengan pemain berusia 32 tahun berkenaan kini berada di tangga kedua penjaring terbanyak dengan enam gol dijaringkan.

Ketajamannya di hadapan pintu gol sedikit sebanyak menaikkan lagi reputasinya dengan Darren boleh diangkat sebagai penyerang tempatan terbaik.

Bagaimanapun, bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) II itu enggan mengangkat dirinya atas prestasi cemerlang terbabit apabila dia berasakan ia berpunca daripada rakan sepasukan di Sabah FC.

Darren Lok tampil dengan catatan cukup baik dalam musim pertamanya bersama skuad Sang Badak. — Facebook/Sabah FC

“Kredit perlu diberikan kepada pasukan kerana saya berasakan kita beraksi dengan baik dan cukup yakin untuk turun dalam setiap perlawanan.

“Saya cukup menikmati musim pertama saya bersama pasukan ini. Kami mempunyai skuad serba lengkap dengan pemain memiliki hubungan baik antara satu sama lain,” katanya.

Sumbangan Darren Lok juga boleh dianggap cukup penting buat skuad Sang Badak yang kini mengesahkan tiket ke separuh akhir zon Asean dalam Piala AFC.

Pencapaian tersebut pastinya cukup disenangi penyokong Sabah FC memandangkan mereka mempunyai rekod menakjubkan dalam tahun pertama bersaing di pentas Asia sejak 1997.

“Kami tahu pusingan seterusnya akan menjadi lebih mencabar kerana terdapat kemungkinan kami akan berdepan pasukan dari Australia.

“Tetapi, kami perlu percaya bahawa kami mampu menundukkan mereka. Kita perlu yakin, tetapi jangan menjadi terlalu selesa sahaja,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] FAM pernah gantung pengadil kerana gol kontroversi Piala Malaysia – Sukan

Next Post

[VIDEO] Gara-gara cemas, ‘keeper’ kelab Jerman terjaringkan gol sendiri secara unik – Sukan

Related Posts