Dakwaan pecah amanah, SPRM serbu pejabat KLFA – Sukan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Sumber berkata, mereka yang terlibat akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, serbuan dan siasatan terhadap pejabat KLFA dan Kuala Lumpur City FC (KL City) dilakukan susulan laporan diterima pihak SPRM mengenai dakwaan kes pecah amanah membabitkan wang tajaan KL City dan tanah Akademi KLFA di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

“Ketika ini, dokumen yang diperoleh dari pejabat KLFA minggu lepas dihantar ke bahagian forensik untuk dianalisis.

“SPRM akan meneliti proses penggunaan dana tajaan ini sama ada mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata sumber itu.

Menurut sumber, tajaan paling besar adalah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diikuti beberapa syarikat di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, siasatan masih di peringkat awal dan SPRM akan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap persatuan bola sepak itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pejabat KLFA diserbu pegawai SPRM kerana disyaki wujud unsur pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan wang tajaan KL City dan tanah Akademi KLFA di Desa Melawati, Kuala Lumpur dengan anggaran jutaan ringgit. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelantan FC atau JDT II, siapa bakal juara Liga Perdana? – Sukan

Next Post

Arif Aiman ‘mendonia’, lagi ‘scout’ luar negara puji ubi muda JDT – Sukan

Related Posts