Dah masuk bulan Mei, fans Kelantan geram ada jersi tak siap, dah dapat kualiti pula tak semenggah – Sukan


ISU jersi tak siap yang membelenggu Kelantan FC sejak tempahan dibuka awal tahun ini nampaknya masih berpanjangan.

Walaupun sudah memasuki bulan Mei, masih ada penyokong The Red Warriors (TRW) yang belum mendapat lagi jersi yang dibeli ketika penjualannya dibuka pada Februari.

Perkara itu segera diperjelaskan oleh admin Facebook Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan memaklumkan bahawa jersi dalam proses penghantaran kepada semua pelanggan secara berperingkat.

Bagaimanapun seorang penyokong, Nik Arif Nmz membalas komen itu dengan meluahkan kekecewaannya kerana mendakwa jersi yang ditempah masih dalam proses produksi.

Tangkap layar luahan penyokong yang kecewa kerana masih belum mendapat jersi yang ditempah. — Facebook Zamsaham

“Baru je update (buat semakan) dengan TRW Shop, tapi masih tiada. Masih dalam proses production.

“Zamsaham stop berbohong. Jelaskan benda yang betul,” luahnya.

Sementara itu, laman Twitter Berita Bola Kelantan pula kesal dengan kualiti jersi yang diterima selepas berbulan-bulan menunggu ia sampai di tangan pemilik.

“Bayangkan penyokong tunggu dari jualan early-bird awal Januari. Jersi baru tiba bulan April dengan kualiti macam ini.

“Harga player version ialah RM199. Sekarang pun ramai lagi yang masih belum menerima jersi yang ditempah dari awal Januari.

“Dah tiga tahun pengurusan 93sports gagal!,” katanya.

Tangkap layar ciapan berhubung kualiti jersi Kelantan FC. — Twitter Berita Bola Kelantan

Sebagai rekod, 93 Sports ialah syarikat in-house production yang menyediakan khidmat menjahit pakaian, membuat rekaan grafik dan menerima tempahan khas menjahit jersi TRW.

Harga jersi Kelantan untuk musim 2023 berharga RM39.90 sehelai untuk kualiti fans issue, manakala untuk player issue pula sehelai jersi berharga RM199.90.

“Harga jersi original Johor Darul Takzim (JDT) keluaran Nike berharga RM 299. Itu boleh dikira berbaloi kerana jenama sukan nombor satu dunia. Tetapi jersi Kelantan berjenama 93 Sports yang tak pernah dengar sebelum ini dijual pada harga RM199? Lebih baik pakai jenama sukan seperti Lotto/AL. Lagi murah,” kata laman Berita Bola Kelantan itu lagi.

Dengan situasi yang berlaku itu diharapkan menjadi iktibar kepada kelab lain agar pengurusan jualan jersi dapat dibuat secara lebih tersusun dan sistematik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cuma guna ‘kerusi kenduri’ antara 3 momen Sukan SEA Kemboja dapat kecaman maha dahsyat warganet – Sukan

Next Post

Fandi Ahmad akui kadang-kadang menang nasib – Sukan

Related Posts