Covid-19: Aksi separuh akhir pertama Liverpool-Arsenal ditunda

PERLAWANAN separuh akhir pertama Piala Carabao antara Liverpool menentang Arsenal yang dijadualkan pada Khamis (6 Januari), terpaksa ditunda susulan ‘penularan teruk’ kes Covid-19 di kelab Anfield itu.

Liverpool sebelum ini beraksi tanpa Jurgen Klopp ketika menentang Chelsea dalam Liga Perdana England (EPL) pada Ahad selepas pengurus pasukan itu disyaki positif Covid-19.

Dan kini, pembantu Klopp iaitu Pep Lijnders juga disahkan positif Covid-19.

The Reds juga terpaksa menutup tempat latihan mereka susulan penularan virus tersebut.

Liverpool pada Selasa meminta perlawanan tersebut ditunda dan Liga Bola Sepak England (EFL) menyatakan ia telah menerima permintaan Liverpool untuk menunda perlawanan.

“Perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao (Liga) antara Arsenal dan Liverpool yang dijadualkan pada Khamis 6 Januari 2022 telah ditangguhkan berikutan permintaan rasmi Liverpool kerana penularan jangkitan Covid-19 yang teruk dalam kalangan kakitangan pengurusan dan pemain mereka,” kata EFL berkata dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menambah, pusingan pertama Piala Carabao akan diadakan di Anfield pada 13 Januari, dengan perlawanan pusingan kedua di Stadium Emirates pada minggu berikutnya. – Goal.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Michael Schumacher masih tersenarai 10 atlet terkaya dunia selepas 8 tahun terbabit kemalangan

Next Post

Berjaya kurus dalam 18 bulan, lelaki ini kejar impian untuk bergelar peninju MMA

Related Posts