Conor McGregor hampir temui ajal di tangan Khabib

JUARA dunia sukan seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov mendedahkan bahawa dia boleh menamatkan nyawa Conor McGregor jika pengadil bertugas, Herb Dean tidak menghentikan pertarungan UFC (Ultimate Fighting Championship) sesama mereka pada 2018.

McGregor berdepan kesukaran bernafas selepas ‘dikunci’ oleh Khabib di pusingan keempat hingga memaksa Dean campur tangan menghentikan pertarungan.

“Anda sudah lihat apa yang berlaku. Jika Dean tiada dalam gelanggang, kamu akan faham sama ada saya boleh habiskannya atau tidak.

“Seseorang boleh mati dengan gerakan itu. Jika ketika itu tidak ada pengadil, apa yang mungkin terjadi?

“Dean meminta saya melepaskan tangan dan gerakan saya,” jelas Khabib menerusi laporan Mirror.

ARTIKEL BERKAITAN: Jepun dijangka batal anjur Grand Prix F1 musim 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tidak setia bersama Juventus, ini sebab mengapa Ronaldo tiba-tiba meroyan dan naik angin!

Perseteruan kedua-dua petarung UFC ini dicemari adegan buruk di akhir pertarungan apabila tercetus suasana huru hara membabitkan kedua-dua pihak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kejayaan petarung Rusia mempertahankan kejuaraan dunia UFC lightweight itu memastikan kejayaan terbesar buat Khabib.

Khabib kini telah bersara dari UFC dan menjadi pemain kelab bola sepak skuad divisyen ketiga Rusia, Legion Dynam.

Terdahulu, Khabib menjadi sasaran serangan dan ancaman lawannya dari Ireland itu menerusi ciapan berbaur provokasi di Twitter pada minggu lepas.

Walaupun McGregor menjadikan ayahnya sebagai bahan serangan, Khabib begitupun langsung tidak melayan perang psikologi dan sedia memaafkan lawannya itu. – Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts