Comeback stronger! Syafik Ismail perlu ikut jejak 3 senior lokal untuk cepat bangkit dari ACL – Sukan


KECEDERAAN Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang mengakibatkan ketidakstabilan pada lutut adalah salah satu perkara paling menakutkan sehingga boleh menjejaskan kerjaya seorang atlet profesional termasuk pemain bola sepak.

Dalam saingan Liga Malaysia musim ini, terdapat pemain terpaksa berehat dalam tempoh masa yang panjang berikutan dilanda kecederaan ACL seperti pemain sayap Terengganu FC (TFC), Syafik Ismail.

Pada Ahad, laman media sosial rasmi TFC mengumumkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu dijangka terlepas untuk beraksi bagi kesemua pertandingan pada musim ini bersama skuad Sang Penyu berikutan disahkan mengalami kecederaan ACL.

Walaupun kecederaan ACL akan memakan masa dalam tempoh 12 bulan untuk sembuh selepas menjalani pembedahan namun seseorang pemain bola sepak profesional masih mampu untuk kembali ke lapangan untuk beraksi.

Justeru itu, ramai penyokong kelab Pantai Timur itu berharap agar pemain muda TFC tersebut akan mengambil semangat beberapa bintang Liga Super yang pernah dilanda ACL sebelum ini untuk kembali sembuh dan beraksi seperti sedia kala.

Berikut tiga pemain senior tempatan yang berhasil bangkit daripada kecederaan ACL dan kini masih menjadi antara tonggak utama kelab mereka.

1) Azrif Nasrulhaq

Azrif semakin mendapat sentuhannya semula sejak menyertai Sri Pahang secara pinjaman pada musim ini. — Facebook/SriPahang

Setelah sekian lama namanya pudar dalam saingan liga domestik, Azrif Nasrulhaq kini semakin disebut-sebut selepas dipinjamkan ke Sri Pahang selama semusim daripada Johor Darul Takzim (JDT).

Sebelum ini, akibat daripada persaingan sengit daripada rakan sepasukan di Harimau Selatan seperti Matthew Davies, pemain berusia 31 tahun itu hanya banyak beraksi bersama JDT II bagi saingan Liga Perdana.

Bukan hanya terpaksa menerima saingan sengit rakan pasukan, Azrif juga terpaksa bergelut untuk kembali ke prestasi terbaiknya selepas mengalami kecederaan ACL pada musim 2020.

Ketika perlawanan JDT bertemu juara Liga Slovakia 7 kali, MSK Zilina bagi siri jelajah pra musim di Dubai, UAE, Azrif menerima terjahan keras sehinggakan berdepan kecederaan berpanjangan dan terpaksa melupakan saingan Liga M musim 2020.

Dua tahun berlalu, Azrif semakin bersinar di bawah kendalian Fandi Ahmad dan kembali menjadi antara bek digeruni dalam pasukan Sri Pahang, selain tampil dalam 11 perlawanan Liga Super.

2) Brendan Gan

Brendan musim ini masih menjadi tonggak utama Selangor FC. — Instagram/Brendan

Ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan merupakan antara pemain yang layak menjadi inspirasi kepada prospek tempatan selepas kejayaannya dalam menempuh episod malang sepanjang bergelar bintang bola sepak negara.

Pemain warisan Australia-Malaysia itu pernah mengejutkan penyokong liga tempatan apabila disahkan mengidap kanser testis pada musim 2021 namun kembali bangkit melawan penyakit tersebut pada tahun berikutnya.

Selain kanser testis, pemain berusia 34 tahun itu juga mempunyai sejarah kecederaan melibatkan ACL sebanyak dua kali yang mana ketika bersama Kelantan pada 2015 dan semasa beraksi bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee pada 2017.

Di sebalik semua detik hitam itu, Brendan kini tampil lebih garang dan tegas di lapangan sebagai ketua pasukan Gergasi Merah, selain menjadi watak utama untuk mengemudi jentera tengah Selangor FC.

3) Wan Zack Haikal

Wan Zack mula menyertai Perak FC pada musim 2022. — Instagram/WanZack

Sukar bagi sesiapa sahaja untuk bangkit daripada kecederaan ACL tetapi tonggak sayap Perak FC, Wan Zack Wan Haikal adalah baka pemain yang berbeza apabila bangkit daripadanya bukan sekali tetapi dua kali.

Kali pertama kecederaan ACL menimpa Wan Zack ketika dia bermain bersama di Jepun bersama FC Ryukyu pada tahun 2013 sehingga pemain berusia 32 tahun itu terpaksa kembali ke tanah air untuk proses pemulihan.

Pada 2019 pula, nasib sekali lagi tidak menyebelahi bekas tonggak Felda United itu apabila dia terpaksa akur ditimpa kecederaan yang sama buat kali kedua ketika baru sahaja menyarung jersi Gergasi Merah.

Walaupun kini Wan Zack jarang diturunkan sebagai kesebelasan utama Perak FC namun pemain kelahiran Pahang itu akan memberikan aksi terbaiknya setiap kali dia diturunkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jika mahu ubah nasib, 2 kelab perlu ikut jejak Kelantan FC terus aktif berbelanja pada Julai – Sukan

Next Post

Tan Cheng Hoe tabik 2 faktor kejayaan Selangor FC mara separuh akhir Piala FA – Sukan

Related Posts