‘Cinta’ Bojan, Kevin kembali bertaut di Bandung? – Sukan


SEJAK perginya bekas pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Bojan Hodak ke Indonesia, pelbagai spekulasi mengaitkan beberapa nama di Malaysia untuk ke sana.

Sebelum ini, Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee antara nama yang pernah dikaitkan untuk berhijrah ke negara jiran itu.

Malah, pemain pertahanan Sang Badak, Gabriel Peres turut terpalit dengan khabar angin tersebut apabila salah satu kelab di Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Bojan Hodak kini mengendalikan Persib Bandung setelah meninggalkan KL City FC. — Agensi

Berikutan perkara itu, terdapat desas-desus mengatakan bahawa penjaga gol The City Boys, Kevin Ray Mendoza pula dikaitkan dengan perpindahan ke Persib Bandung.

Menerusi satu hantaran di laman X (Twitter), T. Avineshwaran berkongsikan bahawa terdapat desas-desus pemain kelahiran Filipina itu bakal bersatu semula dengan bekas majikannya.

“Difahamkan, penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza dikaitkan dengan perpindahan ke Persib Bandung,” katanya.

Untuk rekod, Kevin Mendoza pernah membantu KL City FC menjulang Piala Malaysia musim 2023 selepas menewaskan pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 2-0.

Bukan itu sahaja, penjaga gol berusia 29 tahun itu juga membantu The City Boys meraih naib juara Piala AFC 2022 dan naib juara Piala FA 2023.

Walau bagaimanapun, menerusi tinjauan Majoriti, tiada sebarang pengumuman khas yang dibuat oleh pihak pengurusan KL City FC mengenai perpindahan Kevin Mendoza ke Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Pemain, staf pasukan liga amatur bikin kecoh tepi padang di Putrajaya – Sukan

Next Post

[Video] Bola dah tampan kemas, ‘keeper’ buat hal ‘flip’ sampai tak sengaja terajang lawan – Sukan

Related Posts