Cheng Hoe letak jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya

TAN Cheng Hoe melepaskan jawatannya sebagai pengendali skuad Harimau Malaya pada Isnin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar berkata, Cheng Hoe telah menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan Harimau Malaya melangkah ke saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini.

“FAM hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

“Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM. Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Terima kasih. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara kejayaan yang diraih Cheng Hoe ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih. – Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Messi, tiga pemain PSG positif Covid-19

Next Post

Pemain Tammy Abraham rempuh kereta, beberapa minggu selepas disaman pandu laju

Related Posts