CEO Sabah akui DSV mampu bawa perubahan, Vida masih tunggu Kelantan – Sukan


GARA-GARA satu gambar tular di media sosial, penyokong Sabah FC sudah mula memberi bayangan pelbagai perubahan positif akan dibawa jika usahawan selebriti, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membeli The Rhinos.

Khabar angin Hasmiza atau mesra dipanggil Datuk Seri Vida (DSV) itu ingin memiliki Sabah FC bermula apabila beliau dilihat bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir dan Ketua Pemasaran dan Media The Rhinos, Farish Aziz.

Lebih merancakkan ura-ura DSV ingin menjadi sebahagian keluarga The Rhinos apabila Farish memuat naik kapysen ‘hantar-hantar resume dulu untuk 2024’ pada Insta Story tersebut.

Rata-rata penyokong The Rhinos memberi respons positif pada gambar tersebut dan ada sebahagian pengikut Sabah FC menyatakan bahawa sekalipun tidak ingin memiliki 100 peratus Sabah FC, DSV dipercayai mampu menjadi penaja yang baik untuk The Rhinos.

Tampil meredakan penyokong, Ahmad Marzuki berkata, gambar tular tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Sabah FC sambil menegaskan ia adalah perjumpaan peribadi beliau bersama usawahan wanita itu.

Marzuki bagaimanapun tidak menolak bahawa bekas penaja utama Kelantan FC itu dipercayai mampu memberi sesuatu kepada The Rhinos sekiranya DSV berminat untuk menerajui pasukan Borneo tersebut.

Sabah kini berada di tangga keempat selepas 21 perlawanan. — Facebook/SabahFC

Kepercayaan tersebut timbul apabila pada awal musim 2016, Vida Beauty menjadi penaja utama Kelantan dengan mengikat perjanjian bernilai RM16 juta bagi tempoh dua musim sehingga 2017.

“Dari segi pandangan saya, DSV ada pengalaman dan pernah memegang sebuah kelab. Pastinya dia tahu sedikit sebanyak mengenai bola sepak di Malaysia. Mungkin DSV boleh beri kebaikan kepada kewangan Sabah FC.

“Jika DSV berminat dengan Sabah FC, DSV perlu berhubung dengan Sabah FA untuk perkara itu. Untuk gambar tersebut, Vida datang ke acara saya kerana urusan perniagaan,” katanya ringkas kepada Majoriti.

Dalam pada itu, berkongsi kepada Majoriti, DSV turut menegaskan bahawa pertemuannya dengan Marzuki tidak mempunyai kaitan untuk memiliki The Rhinos seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Taklah, ada program lain. Saya belum beralih arah dari Kelantan, InshaaALLAH masih berminat (mendapatkan Kelantan),” jawabnya ringkas.

DSV sebaliknya menegaskan bahawa beliau masih berminat untuk membeli kelab berpangkalan di Pantai Timur tersebut dalam usaha menyelamatkan pasukan itu yang sedang dilanda kemerosotan prestasi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ganti pemilik, jurulatih antara 5 ‘wishlist’ fans Penang untuk exco baru – Sukan

Next Post

Piala Malaysia: Tiada yang mustahil, Chong Yee Fatt mahu Penang FC turun tanpa sebarang tekanan – Sukan

Related Posts