Cabaran ‘King of Asean’ bermula, Harimau Muda diundi bersama Vietnam, Kuwait dan Uzbekistan – Sukan


HARIMAU MUDA sah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam untuk kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung tahun depan di Qatar.

Pertemuan menentang Vietnam pastinya menjadi ujian besar buat pengendali baharu, Juan Torres Garrido yang dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan E. Elavarasan yang kembali ke pangkuan barisan kejurulatihan Kim Pan-gon.

Dalam empat aksi terakhir menentang Vietnam, Harimau Muda yang sebelum ini dikendalikan oleh Brad Maloney dan E. Elavarasan tewas kesemua perlawanan.

Menjadi persoalan adakah, Garrido mampu memecahkan badi kekalahan menentang Vietnam apabila ini merupakan kejohanan pertamanya sejak bergelar ketua jurulatih.

Undian Piala Asia B-23 2024.

Namun melihat barisan pemain-pemain yang mungkin beraksi dalam Piala Asia B-23 tidak mustahil untuk Harimau Muda layak ke pusingan seterusnya.

Berbeza dengan negara jiran, Indonesia yang dilihat berada dalam kumpulan maut apabila diundi bersama-sama tuan rumah, Qatar, Australia dan Jordan.

Manakala Thailand juga diundi dengan gergasi Asia seperti Saudi Arabia, Iraq dan Tajikistan yang mempunyai ranking lebih tinggi berbanding skuad Gajah Perang.

Harimau Muda akan memulakan kempen Piala Asia B-23 pada 15 April hingga 3 Mei 2024 dan pastinya rakyat Malaysia mahukan yang terbaik selepas prestasi memberangsangkan skuad utama dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syafiq Ahmad boleh jadi penawar masalah ‘link-up play’ Harimau Malaya – Sukan

Next Post

[VIDEO] Utamakan bakat tempatan, Penang FC beri bayangan tak bergantung khidmat import musim depan – Sukan

Related Posts