‘Bukit Jalil lokasi paling sesuai buat kejutan, Harimau Malaya mampu buktikan layak ke Piala Asia’ – Sukan


BEKAS penyerang berbisa Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha berharap skuad Harimau Malaya berjaya membuatkan kejutan awal kepada pasukan Thailand sebagai persediaan perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok nanti.

Menurutnya bekas pemain Melaka FC itu, apabila skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya merekodkan jaringan ketika perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur ia akan menjadi bekalan selesa buat mereka nanti.

Pada Sabtu ini, Harimau Malaya bakal bertemu Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di stadium keramat pasukan kebangsaan, SNBJ.

“Untuk perlawanan Sabtu ini, bukan saya sahaja mengharap tapi semua penyokong berharap Harimau Malaya akan berikan kejutan semasa lawan Thailand.

“Saya harap dapat mereka jaringan selesa untuk ke Bangkok nanti,” katanya kepada Majoriti ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Al-Ikhsan X The Messi Brand di Sunway Pyramid pada Jumaat.

Norshahrul Idlan ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Al-Ikhsan X The Messi Brand di Sunway Pyramid pada Jumaat.

Dalam pada itu, pemain berusia 36 tahun itu juga percaya bahawa perlawanan di Bukit Jalil adalah tempat yang sesuai untuk melakukan kejutan walaupun semua sedia maklum kedudukan ranking Thailand lebih tinggi dari Malaysia.

Skuad Gajah Perang berada pada kedudukan ke-111 dunia, manakalah pasukan negara pula kini menghuni tangga ke-145 dunia.

Norshahrul juga menambah, pada perlawanan Sabtu ini adalah peluang untuk pemain yang berada dalam skuad Piala AFF 2022 buktikan bahawa mereka lebih layak untuk main di Piala Asia nanti.

“Kita tahu ranking Thailand lagi baik daripada kita, jadi semasa inilah pemain kita perlu berikan sesuatu.

“Dengan ketiadaan core player, mereka sepatutnya buktikan yang mereka (pemain Piala AFF 2022) layak jadi first team untuk Harimau Malaya bagi Piala Asia,” tambahnya.

Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan untuk persiapan menentang skuad Gajah Perang pada Sabtu. — Facebook/FAM

Oleh yang demikian, pemain kelahiran Terengganu itu berpendapat tiada istilah Malaysia B atau Malaysia A dalam skuad kebangsaan.

“Malaysia A atau Malaysia B tidak wajar digunakan. Mungkin itu segelintir daripada penyokong Harimau Malaya yang anggap benda itu Malaysia A dan B,” jelasnya.

Untuk rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Malaysia mengaibkan Thailand di laman sendiri apabila mara ke final Piala Raja Thailand 2022 dengan kemenangan 5-3 susulan sepakan penentu selepas terikat 1-1 di Stadium Chiang Mai September lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sahut cabaran tugas berganda, misi getir Quentin Cheng tambat trio Gajah Perang – Sukan

Next Post

‘Saya faham perlawanan ini penting untuk anda semua’, Jay Chou tiada masalah tangguh konsert – Sukan

Related Posts