‘Bukan soal jadi terpantas tapi keazaman’, Hannah Yeoh tunai janji bantu adik Aqil – Sukan


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak menunggu lama untuk mengotakan janji untuk membantu kanak-kanak yang kudung sebelah kaki, Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, bertemu dengan pakar prostetik bagi memastikan kanak-kanak itu terus aktif bersukan.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS telah membawa kanak-kanak tersebut bertemu pakar protestik di Artalive Sdn Bhd pada Jumaat untuk proses penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan Muhammad Aqil.

“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Hannah menyatakan bahawa KBS akan memberi komitmen untuk berusaha melakukan yang terbaik bagi membantu Muhammad Aqil, termasuk dalam menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.

Hannah Yeoh ketika bertemu dengan pakar prostetik Artalive Sdn Bhd.

Hannah diiringi oleh Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengetuai inisiatif Projek Tongkat yang bertujuan menawarkan sokongan kepada orang yang diamputasi melalui sukan.

Muhammad Aqil juga diiringi ibunya Noorhafizah Mat Desa, Cikgu Intan Zulailkha Jusoh dan Cikgu Mohd Razif Ibrahim yang membimbingnya untuk perlumbaan.

Dalam pada itu, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik Muhammad Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis).

“Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata pakar perubatan sukan di ISN, Dr Ahmad Munawwar Helmi.

Muhammad Aqil yang kisahnya baru-baru ini menjadi tular apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat.

Dalam video tersebut, Muhammad Aqil yang merupakan pelajar SK Felda Lepar Utara 1 menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Dia dilihat didorong oleh Cikgu Intan Zulailkha Jusoh yang berlari bersamanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Hilang tempat di JDT, Natxo Insa ‘merajuk’ pulang kampung – Sukan

Next Post

‘Ref botak’ sertai kursus VAR petanda bakal kembali warnai Liga M musim depan – Sukan

Related Posts