Bukan Selangor, tetapi negeri jiran Terengganu destinasi baharu Faisal Halim? – Sukan


SEMAKIN kuat khabar angin mengatakan pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim bakal berkelana selepas hampir empat tahun menyumbang khidmat kepada pasukan itu.

Selain kelicikan dan kemampuannya untuk menggelecek bola, ketajaman pemain berusia 24 tahun itu di hadapan pintu gol juga menjadikannya antara prospek yang bersinar.

Musim ini, Faisal atau nama glamournya Mickey sudah berjaya mendapatkan tujuh gol peribadi dalam semua permainan yang dilalui serta melakukan lapan bantuan gol dalam skuad kendalian Nafuzi Zain.

Pengalamannya ketika bersama skuad kebangsaan juga menjadi satu tarikan apabila dia sudah beraksi sebanyak sembilan kali sambil menjaringkan dua gol di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, Faisal dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada skuad Sang Penyu dalam usaha mendapatkan lebih banyak pengalaman dan peluang bersama pasukan Liga Super lain.

Perkara ini dikatakan kerana dia akan mengikut jejak Nafuzi Zain yang dikhabarkan tidak akan bersama pasukan Pantai Timur itu selepas membimbing mereka ke pentas akhir Piala FA 2022.

Kelibat Faisal Halim di Stadium Darul Makmur pasti tidak akan kekok.

Faisal dikatakan bakal menyertai Selangor FC yang ketika ini sedang bergelut dalam saingan Liga Super dan pastinya mencari pemain baharu serta berkualiti dalam jendela perpindahan akan datang.

Namun, baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa pemain berjersi no. 7 itu akan menyertai pasukan lamanya, Sri Pahang FC untuk menajamkan semula barisan serangan mereka.

Pemain itu sememangnya tidak asing dalam kalangan penyokong Tok Gajah apabila dia pernah beraksi bersama Pahang FA serta berjaya menjulang trofi Piala FA 2018.

Oleh itu, kehadirannya bersama skuad itu pastinya dialu-alukan apabila mereka sedikit tumpul di hadapan pintu gol musim ini dengan hanya 26 gol berjaya dijaringkan.

Seorang peminat bola sepak tempatan menerusi Facebook This is Darul Makmur berkata, khabar angin untuk mendapatkan seorang pemain menyerang mampu menaikkan lagi status pasukan itu.

“Katanya, seseorang mahu kembali semula. Misalnya kata pemain import, Manuel Hidalgo masih bersama pasukan dan digandingkan bersama dia, saya rasa boleh beraksi sehingga ke pentas final,” katanya.

Hantaran itu dibuat berserta dua ciapan di Twitter yang mengatakan Faisal Halim seakan-akan sudah memilih destinasi berikutnya dalam meneruskan karier.

Jendela perpindahan yang bakal dibuka dalam masa terdekat pastinya ditunggu-tunggu apabila saingan Liga Super musim depan kelihatan lebih padat dan mencabar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Prestasi makin baik, Stadium Darul Aman bakal ‘full house’ 3 perlawanan ini – Sukan

Next Post

FAM harus jadikan Pan-gon ‘sifu’ jurulatih muda — Pakar – Sukan

Related Posts