Bukan sekadar hobi, YB kongsi sebab baik Nijey kerap turun ke laut – Sukan


KEPUTUSAN Kim Pan-gon untuk tidak memanggil bek tengah Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Krygyzstan dan Chinese Taipei menimbulkan pelbagai persoalan.

Dia yang menjadi watak utama buat skuad Sang Penyu beberapa musim kebelakangan ini dianggap memiliki kelebihan untuk mengukuhkan lagi barisan pertahanan Harimau Malaya.

Selain tenang dalam berdepan serangan pihak lawan, pemain berusia 25 tahun berkenaan juga mempunyai aura sebagai seorang pemimpin di atas padang.

Ia dapat dibuktikan ketika Shahrul Nizam menjadi watak utama buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner yang terus menagih sumbangannya musim ini.

Jadi, tidak hairanlah apabila keputusan pengendali skuad kebangsaan itu terus dipertikaikan sehingga sebahagian peminat bola sepak tanah air mendambakan jawapan daripadanya.

Shahrul Nizam tidak berada dalam senarai 25 pemain mahupun dalam senarai menunggu. — Facebook/FAM

Bagi sesetengah pihak, mereka mendakwa Shahrul Nizam, atau lebih dikenali sebagai Nijey terus disisihkan apabila dia pernah terlepas panggilan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kerana sedang pergi memancing.

Dia kemudiannya dilaporkan berdepan kemungkinan didenda sebanyak RM25,000, namun tiada berita lanjut sekiranya hukuman terbabit dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadapnya.

Insiden yang berlaku pada 2021 itu dianggap sebagai satu kayu ukur bahawa bek tengah kelahiran Kelantan tersebut lebih cenderung mengutamakan hobinya berbanding beraksi buat negara sendiri.

Namun, tampil menepis spekulasi terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam satu hantaran di Facebook peribadinya pada Isnin.

“Bukan main bola sahaja pandai, berniaga pun cergas. Shahrul Nizam atau Nijey berusaha menolong adik-adik berniaga ikan segar di Kampung Duyong, Terengganu. Kalau rasa nak cari ikan segar, boleh singgah kat gerai ikan Nijey.

Hishamuddin (kiri) sempat bergambar bersama Shahrul Nizam di sebuah pasar ikan. — Facebook/Hishammudn Abdul Karim

“Teringat masa mula-mula ‘meminang’ Nijey ke Terengganu FC, asal berhubung sahaja, dapat maklumat dia ke laut. Masanya banyak membantu ayahanda turun ke laut mencari rezeki,” katanya.

Hantaran berkenaan dibuat dengan menyertakan beberapa keping foto memaparkan Shahrul Nizam dalam penampilan bersahaja di sebuah pasar ikan.

Ia sekali gus menjawab bahawa pemain pertahanan kental terbabit memilih untuk memancing atas dasar meringankan beban keluarga dan bukanlah sekadar didorong hobinya sendiri.

Sebelum beraksi bersama skuad Sang Penyu, Nijey memulakan kariernya di Kelantan FA selama dua musim bermula 2018 setelah beberapa tahun beraksi dalam skuad belia.

Musim ini, pemain berkenaan menjadi tonggak utama pertahanan Terengganu FC apabila merekodkan 25 penampilan, termasuk tiga dalam peringkat kumpulan Piala AFC.

Pemain tersebut juga diberikan peranan sebagai kapten pasukan pada awal musim sebelum tanggungjawab tersebut kembali dipikul Habib Haroon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Posting’ ejen beri bayangan Faisal kekal dengan Gergasi Merah musim depan – Sukan

Next Post

Ulsan tangguh ‘celebration’ juara Liga Korea, tonik tambahan benam JDT – Sukan

Related Posts