Bukan salah skuad Harimau Muda, fans senarai 5 bukti kelemahan Elavarasan – Sukan


PASUKAN kendalian E. Elavarasan gagal mara ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) selepas tewas dibelasah juara bertahan, Vietnam 1-4 pada separuh akhir di Stadium Rayong Provincial, Thailand pada Khamis.

Keputusan itu sekali gus meranapkan impian skuad kebangsaan untuk membawa pulang trofi Piala AFF 2023 pada bulan kemerdekaan.

Penyokong Harimau Muda yang kecewa dengan persembahan skuad kebangsaan berpendapat kekalahan tersebut tidak boleh diletakkan di bahu pemain sahaja.

Malah, terdapat penyokong bola tanah air memberi pendapat bahawa kekalahan memalukan itu berpunca daripada kesilapan Ketua Jurulatih, E. Elavarasan.

Sebahagian aksi pemain B-23 mengawal bola dengan baik. — Facebook/FAM

Berikutan perkara itu, berikut Majoriti menyenaraikan lima kelemahan yang diutarakan oleh penyokong bola sepak tanah air.

1. Persiapan Singkat

Persiapan singkat punca utama kegagalan Harimau Muda dalam aksi separuh akhir Piala AFF yang sekali gus memberi gambaran bahawa skuad tersebut akan tampil longlai apabila berdepan dengan Vietnam.

Jika dibandingkan dengan pasukan Vietnam, tentunya skuad itu mempunyai persiapan yang rapi dan mencukupi agar impian sampai ke pentas final kejohanan dapat direalisasikan.

Perkara itu sememangnya dapat diterjemahkan menerusi corak permainan dan pengawalan bola yang cantik dihasilkan oleh anak-anak buah Hoang Anh Tuan apabila berjaya merobek kubu pertahanan negara dengan mudah.

2. Lambat Pertukaran

Walaupun tampil lebih banyak membuat percubaan pada babak kedua namun ramai berpendapat bahawa Elavarasan tetap gagal apabila lambat membuat pertukaran pemain.

Susulan itu, anak buah kendaliannya gagal menyamakan kedudukan yang ketinggalan 0-3 pada babak pertama walaupun sudah membawa masuk Fergus Tierney sebagai pemain gantian.

Walaupun begitu, skuad kendalian Elavarasan hanya mampu berpuas hati dengan jaringan sagu hati dari pemain Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-49.

3.Taktikal Tidak Fleksibel

Persembahan anak-anak buah Elavarasan tidaklah begitu membanggakan apabila gagal kandas dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2023.

Taktikal ‘old skool’ dengan bermain secara long ball yang diterapkannya dalam permainan dikatakan antara kelemahan pasukan negara untuk bersaing di peringkat kumpulan.

Taktikal lapuk yang digunakan oleh skuad Harimau Muda memberi peluang besar kepada pasukan Vietnam untuk merebut bola dan mengawal permainan selain menerapkan hantaran pendek dalam perlawanan tersebut.

4. Kurang Pengalaman Antarabangsa

Bukan sahaja taktikal yang kurang fleksibel malah ada yang berpendapat bahawa bekas pengendali Sarawak United itu tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam perlawanan peringkat antarabangsa.

Difahamkan, Elavarasan hanya mempunyai pengalaman sebagai jurulatih dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Malah, ada yang berpendapat bahawa pengendali B-23 itu sudah tidak releven unuk mengemudi Harimau Muda berikutan usia dan pengalaman dalam perlawanan antarabangsa.

5. Skuad Percubaan

Saingan Piala AFF B-23 dianggap sebagai skuad percubaan kerana rata-rata pemain yang tersenarai adalah terdiri daripada Piala MFL.

Pastinya Elavarasan mempunyai pandangan sendiri apabila mengambil risiko pemain yang kurang berpengalaman dalam perlawanan antarabangsa kerana smenginginkan mereka mengasah bakat.

Namun demikian, tindakan seperti itu hanya mendatangkan kemarahan dalam kalangan penyokong yang pastinya menginginkan kemenangan daripada pasukan kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahu transformasi Penang FC, legenda Harimau Kumbang buat tawaran menarik – Sukan

Next Post

Terlepas takhta Liga Super 8 tahun lalu, Zainal Abidin pernah pasang angan-angan Tok Gajah bangkit di Asia – Sukan

Related Posts