Bukan sahaja OKS, pemain JDT, Kedah pernah naik angin dengan pengadil game Sabah-Pahang – Sukan


PERLAWANAN bola sepak sememangnya tidak boleh lari daripada insiden panas yang sentiasa menghangatkan suasana permainan.

Kemungkinan untuk kejadian sedemikian berlaku tentunya semakin meningkat terutamanya jika persaingan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai tekad penuh bagi memenangi perlawanan tersebut.

Adalah menjadi satu kebiasaan untuk penyokong bola sepak sama ada di dalam mahupun luar negara untuk melihat mana-mana pemain atau jurulatih yang tidak dapat mengawal emosi.

Dalam keadaan itu, apa sahaja insiden berlaku sama ada di dalam mahupun di tepi padang berpotensi mencetuskan situasi panas ketika permainan berlangsung.

Untuk mengawal situasi sedemikian, adalah penting untuk pengadil perlawanan bagi membuat keputusan lebih cekap bagi mengawal permainan agar berjalan lebih lancar dan harmoni.

Selain itu, setiap keputusan dilakukan seharusnya dibuat dengan sebaik dan seadil mungkin agar tiada mana-mana pasukan berasakan mereka tidak diadili dengan sepatutnya sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan pemain atau pihak kejurulatihan.

Noor Azriel pernah berhadapan dengan tindakan agresif daripada Natxo ketika aksi Liga Super musim 2021.

Dalam perlawanan membabitkan Sabah FC dan Sri Pahang FC pada Ahad, aksi sengit kedua-dua pasukan menyebabkan berlakunya kejadian panas apabila pengendali skuad The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

Pada aksi berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang itu, kedua-dua pasukan ketika itu sedang berusaha untuk mecari jaringan kemenangan apabila terikat satu sama pada separuh masa pertama.

Namun begitu, beberapa keputusan pengadil utama perlawanan, Noor Azriel Baharuddin yang dilihat tidak menyebelahi skuad The Rhinos menyebabkan Kim Swee berang lalu membuat bantahan keras terhadap pegawai perlawanan itu.

Ekoran daripada itu, Noor Azriel membuat keputusan memberikan kad merah kepada Kim Swee pada minit ke-67 perlawanan.

Untuk rekod, kejadian panas melibatkan Noor Azriel itu bukan kali pertama berlaku memandangkan dia juga pernah terbabit dengan beberapa insiden bersama pemain lain di Liga Malaysia.

Noor Azriel juga pernah terbabit dengan insiden panas bersama Fadzrul dalam perlawanan Liga Malaysia musim 2021. — MalaysianFootballLeague

Antara pemain pernah bertindak di luar kebiasaan terhadap pengadil itu sehingga menyebabkan layangan kad merah ialah pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Natxo Insa dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam.

Dalam kes membabitkan Natxo pada Liga Super 2021, pemain itu bertindak menyerbu dan menolak Noor Azriel selepas tamat perlawanan antara JDT dan Perak.

Susulan daripada insiden yang berlaku pada 21 Mac 2021, pemain berdarah campuran itu dikenakan penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000.

Natxo melakukan kesalahan dengan melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat kesukanan.

Bagi kejadian melibatkan Mohd Fadzrul pula, pemain itu menerima kad merah selepas bertindak menolak Noor Azriel ketika perlawanan KDA FC menentang Terengganu FC pada musim sama.

Tindakan pemain muda Kedah itu menyebabkan dia turut digantung empat perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik selain didenda RM10,000.

Kesalahan dilakukan Fadzrul itu melanggar Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pegawai pertandingan perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kena ‘boo’ di negara sendiri, bekas pengendali JDT tak putus asa, mahu terus berjuang bersama pasukan – Sukan

Next Post

Menjelang aksi persahabatan, 3 pemain ‘skuad mesin’ bakal digugurkan Pan-gon – Sukan

Related Posts