Bukan pertembungan biasa, 3 aksi KL City-TFC pernah sajikan momen sukar dilupakan – Sukan


PERLAWANAN separuh akhir Piala Malaysia 2023 menyaksikan pertembungan tumpuan membabitkan pasukan di tangga ketujuh liga, Kuala Lumpur City FC (KL City) dan penyandang naib juara Liga Super 2022, Terengganu FC (TFC).

Perlawanan pertama timbal balik antara kedua-dua pasukan akan berlangsung di laman sendiri The City Boys dekat Stadium Kuala Lumpur (KLFA), Cheras pada Sabtu.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga insiden yang pernah mewarnai perlawanan KL City berdepan Terengganu FC.

Beberapa orang pemain KL City dilihat turut cuba menenangkan rakan sepasukan yang terbabit dalam insiden tegang. — Agensi

1. Aksi Liga Super 2023

Selepas seri 3-3 di Stadium KLFA, satu insiden tegang dilaporkan berlaku di tepi padang antara pemain The City Boys dan Sang Penyu selepas tamat perlawanan saingan Liga Super pada 7 Julai 2023.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada tindakan penyerang skuad Sang Penyu, Ivan Mamut yang memulakan pergaduhan dengan rakan sepasukan Sony Norde dan kemudian Romel Morales selepas tamat perlawanan.

Malah insiden tersebut menimbulkan kemarahan daripada Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner terhadap sikap ditunjukkan tonggak import pasukannya itu.

Ketua Jurulatih KL City FC ketika itu, Bojan Hodak turut tampil bagi meleraikan keadaan dengan beliau dilihat menenangkan Romel yang dilihat agak berang dengan situasi yang berlaku dan cuba menerpa ke arah Ivan.

Kekecohan berlaku antara pemain KL City dan Terengganu sebaik tamat aksi suku akhir pertama Piala Malaysia. — Agensi

2. Separuh akhir Piala Malaysia 2022

Keputusan separuh akhir Piala Malaysia musim lalu antara kedua-dua pasukan pula kelihatan sengit sehingga perlawanan perlu ditentukan menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit.

Dalam perlawanan aksi separuh akhir itu, keputusan berpihak kepada Terengganu FC apabila berjaya menewaskan KL City dengan agregat 4-1 pada 12 November 2022.

Bagaimanapun, berlaku kekecohan membabitkan pemain dan pegawai pasukan KL City dan TFC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia selepas wisel penamat ditiup.

Insiden tolak menolak antara kedua-dua pasukan di kawasan teknikal turut melihat pemain import TFC, Pape Diakate terpaksa dibawa menjauhi sekumpulan pemain KL City yang cuba mendekatinya ketika itu.

3. Separuh akhir Piala FA 2023

Dalam perlawanan separuh akhir Piala FA 2023, The City Boys mencipta kemanisan selepas berjaya menewaskan skuad Sang Penyu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada 25 Jun lalu.

Perlawanan tersebut dianggap bersih kerana aksi di laman lawan itu tidak dicemari dengan sebarang pergaduhan.

Hal ini kerana, jika melihat kepada rekod perlawanan, kedua-dua pasukan pernah terpalit dengan insiden yang tidak baik.

KL City berjaya mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 2-4 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di laman lawan selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kekalahan Ulsan mampu beri tonik buat JDT dalam aksi ACL di tempat lawan – Sukan

Next Post

Fasa Covid-19 hampir ‘bunuh’ karier Jonathan Nyepa, usaha keras bawa nama ke Sukan Asia – Sukan

Related Posts