‘Bukan patut hitam putih?’, CEO TFC beri ‘hint’ mahu bawa pulang Manuel Ott – Sukan


DALAM bola sepak, perpindahan pemain dari satu kelab ke kelab yang lain merupakan perkara biasa. Setiap musim, pasti akan ada pemain yang berpindah ke mana-mana pasukan baik dalam liga yang sama atau sebaliknya.

Begitu juga di Malaysia. Saban musim, kita akan saksikan satu-satu pemain akan berpindah dari pasukan A ke pasukan B. Ada juga pemain yang dipinjamkan, malah terdapat yang hilang daripada radar selepas kontrak ditamatkan.

Musim ini, kita dapat saksikan pasukan Utara, Kedah Darul Aman (KDA) FC melakukan beberapa perpindahan pemain dengan mendapatkannya daripada seteru mereka dalam Liga Super.

Sebagai contoh, mereka mendapatkan Manuel Hidalgo daripada Sri Pahang FC dan juga Manuel Ott yang pernah bermain bersama-sama Terengganu FC.

Sabri Abas merupakan CEO baharu Terengganu FC. — Agensi

Kedua-dua pemain ini menikmati musim pertama mereka dengan baik di Stadium Darul Aman, Alor Setar lebih-lebih lagi buat Ott. Jika hendak diikutkan, Ott meninggalkan Terengganu kerana mengikut langkah Nafuzi Zain menyertai KDA meninggalkan pasukan tersebut.

Ott juga dipilih sebagai ketua pasukan KDA musim ini. Namun hanya selepas semusim, nampaknya khidmat Ott ditagih pasukan lain.

Pasukan lain itu adalah bekas majikannya sendiri iaitu Terengganu. Era baharu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak telah bermula apabila skuad Penyu mempunyai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang berbeza.

Sabri Abas dilantik sebagai CEO baharu Terengganu FC selepas menggantikan Abd Rasid Jusoh yang telah tamat kontraknya di jawatan berkenaan.

Era Sabri sebagai CEO Terengganu bermula dengan dia dilihat mahu membawa semula Ott pulang ke pasukan tersebut. Secara nyata, Sabri bertanyakan soalan tersebut di media sosialnya.

Sabri memuat naik gambarnya menyarung jersi KDA dengan terdapat nama Ott di belakangnya. Sambil itu, Sabri menanyakan satu soalan jelas kepada Ott.

“Manny Ott, warna ini sepatutnya jadi hitam dan putih?,” soal Sabri di pada siaran IG Story miliknya.

Sabri Abas menyoal kepulangan Ott ke Terengganu di Instagramnya. — Instagram/Sabbri Abbas

Pertanyaan itu nyata membuka ruang kepada spekulasi mengenai masa depan Ott di KDA. Adakah Terengganu akan benar-benar mahu mendapatkannya? Bersediakah KDA melepaskan ketua pasukan mereka?

Perspektif penyokong KDA terhadap Ott adalah seimbang. Ada yang gemarkannya dan tidak kurang yang mengeji permainannya. Jika benar Terengganu berminat mahukan Ott, mereka perlu bertindak segera cuba mendapatkannya pemain Filipina ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Status juara bertahan Carabao Cup hilang, Ten Hag tetap anggap diri seorang ‘fighter’ – Sukan

Next Post

Nafi tunggak gaji 4 bulan, Khalid dan Stanley buat pinjaman peribadi demi KL City – Sukan

Related Posts