Bukan lagi hanya ura-ura, jeneral tengah Bahrain hampir pasti sertai Tok Gajah – Sukan


SIAPA sangka bahawa Sri Pahang FC kini berada di tangga keempat Liga Super selepas terlebih dulu mempamerkan aksi yang kurang meyakinkan ketika permulaan musim 2023 yang lalu.

Selain rekrut yang menimbulkan tanda-tanya, ketiadaan fasiliti latihan lengkap serta skuad berusia menyebabkan orang ramai menjangkakan kelab Pantai Timur tersebut akan bergelut musim ini.

Namun, selepas 14 perlawanan dihadapi, skuad Tok Gajah kini selesa berada di kelompok lima teratas dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang berada di tangga ketiga hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Lapan kemenangan, termasuk satu yang epik ketika menentang Negeri Sembilan FC Jumaat lalu membuktikan bahawa kelab itu sudah berada di tahap lebih baik berbanding musim lalu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menegaskan beberapa kali bahawa mereka masih memerlukan rekrut pada jendela perpindahan akan datang.

Skuad Tok Gajah masih memerlukan kehadiran wajah-wajah baharu. — Facebook/Sri Pahang FC

Antara posisi yang sememangnya perlu diberikan perhatian adalah mengenai barisan serangan dengan hanya Kpah Sherman boleh beraksi di posisi berkenaan.

Namun, berdasarkan khabar angin di media sosial, skuad Tok Gajah difahamkan sedang cuba membawa masuk pemain tengah antarabangsa Bahrain, Khalifa Issa Allafi.

Berdasarkan pemerhatian, pemain berkenaan boleh diturunkan dengan peranan bertahan yang kini dipikul tonggak skuad kebangsaan, Nor Azam Azih.

Tetapi, kecederaan yang dialaminya sedikit sebanyak menarik seorang lagi pemain import, Stefano Brundo terpaksa beraksi di posisi berkenaan.

Khalifa didapati sudah mengikuti akaun Instagram rasmi Sri Pahang FC.

Melihat kepada ciri-ciri fizikal Khalifa, ia merupakan satu penambahan yang cukup efisien memandangkan arena bola sepak tanah air memerlukan seseorang dengan tubuh badan sasa.

Malah, khabar angin itu seperti akan menjadi realiti dalam masa terdekat apabila dia didapati sudah mengikuti akaun Instagram rasmi Sri Pahang FC.

Ketika ini, pemain yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut difahamkan sudah semakin hampir meninggalkan kelabnya, Manama Club yang beraksi di Liga Perdana Bahrain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selain pukul kekasih, fans ‘trigger’ 3 lagi kes pemain Liga M pernah cetus kontroversi kurang dapat perhatian media – Sukan

Next Post

Kebangkitan cukup dramatik tapi biarlah jangan selalu begini: Fandi – Sukan

Related Posts