Bukan kali pertama, Lee Tuck pernah buat kejutan tinggalkan Terengganu sebelum ini – Sukan


SEJAK kebelakangan ini, nama pemain naturalisasi negara, Lee Tuck mula disebut-sebut semula apabila menyertai pertandingan sukan lasak sebagai seorang rakyat Great Britian.

Perkara tersebut sememangnya menimbulkan persoalan memandangkan pemain terbabit sudah diberikan kewarganegaraan pada September 2022.

Ia sekali menyebabkan orang ramai mula mendambakan jawapan daripada pihak berkuasa dengan ada yang berpendapat Lee Tuck hanya boleh memiliki satu kad pengenalan pada satu-satu masa.

Namun, ia bukanlah kali pertama pemain berkenaan terlibat dalam kontroversi apabula dia pernah membuat kejutan apabila meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Julai lalu.

Keputusan terbabit sememangnya sukar diterima penyokong Hijau Kuning memandangkan Lee Tuck ketika itu merupakan antara tonggak utama pasukan.

Lee Tuck membuat kejutan apabila meninggalkan skuad Sang Kenari pertengahan tahun lalu. — Facebook/KDA FC

Sebilangan peminat setia kelab terbabit lantas mengatakan tindakannya tersebut didorong isu dalaman skuad Sang Kenari sehingga sedikit sebanyak mencalarkan reputasi mereka.

Tetapi, dakwaan terbabit segera disangkal apabila ada daripada mereka mula mengingati bahawa ia bukanlah kali pertama Lee Tuck pernah mengambil keputusan sedemikian.

Ini kerana kira-kira tiga tahun lalu, pemain tengah lincah itu pernah membuat kejutan apabila tidak menyambung kontrak dengan kelab Pantai Timur, Terengganu FC.

Dia yang memikul peranan kapten secara tiba-tiba meninggalkan skuad Sang Penyu dengan laporan mengatakan dia memilih untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan.

Sumbangannya ketika itu juga cukup penting apabila Terengganu FC yang dikendalikan Nafuzi Zain menamatkan musim Liga Super 2019 di tangga ketiga.

Pemergian Lee Tuck daripada Terengganu FC pada 2020 menimbulkan pelbagai kontroversi. — Facebook/Terengganu FC

Tetapi, dengan Lee Tuck sudah berusia 32 tahun, kelab terbabit kemudiannya memilih untuk tidak membuat sebarang tawaran bagi mendapatkan import baharu yang lebih muda.

Dia bagaimanapun tidak berasa terkilan dengan keputusan berkenaan apabila lantas menyertai Sri Pahang FC untuk menyambung kariernya dalam Liga Super.

Tempoh permainannya bersama skuad Tok Gajah juga tidak boleh dipandang rendah apabila kehadirannya cukup penting dalam membantu pasukan tersebut untuk bersaing dalam Liga Super.

Ia turut dibuktikan apabila Lee Tuck pernah diberikan peluang bersama skuad kebangsaan selepas menerima status naturalisasi dengan kempen Piala AFF 2022 merupakan kemuncak karier singkatnya dengan Harimau Malaya.

Lee Tuck kini difahamkan sudah pulang ke England dengan dia memilih untuk menceburi bidang hartanah meskipun masih belum mengumumkan persaraan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Last call up aku masa Nelo Vingada — Ahmad Beto – Sukan

Next Post

Minta maaf, saya akan berusaha bawa balik penaja Kelantan — CEO TRW – Sukan

Related Posts