Bukan kaleng-kaleng, 3 sebab Ratchaburi FC import Safawi Rasid musim depan – Sukan


KAPTEN Harimau Malaya, Safawi Rasid akhirnya diperkenalkan secara rasmi oleh kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC.

Safawi bakal beraksi dalam saingan Liga Thailand (Thai League 1) secara pinjaman daripada Johor Darul Takzim (JDT) selama semusim.

Pemain berusia 26 tahun itu akan mengisi kuota import Asean bersama tiga pemain Myanmar, Myo Min Latt, Nanda Kyaw dan Hein Phyo Win.

Ratchaburi kini menduduki tangga ketiga Thai League 1. — Facebook/Ratchaburi

Ini kali kedua Safawi berkelana ke luar negara yang mana sebelum ini dipinjamkan untuk beraksi dalam Liga Portugal bersama Portimonense SC pada 2020.

Namun adakah anda tahu mengapa Ratchaburi FC patut teruja dengan kehadiran Safawi ke pasukan mereka?

Ini merupakan tiga sebab kenapa Ratchaburi FC memilih Safawi untuk perkuat cabaran The Dragons di pusingan kedua Thai League 1:

Safawi mempunyai sepakan kaki kiri yang deras. — Facebook/Agensi

1. Kekurangan pemain sayap kanan

Umum mengetahui Safawi merupakan seorang pemain sayap kanan yang mana corak permainannya mirip legenda Belanda, Arjen Robben.

Menurut laman sesawang Transfermarkt, Ratchaburi kini kekurangan pemain sayap di sebelah kanan dan dengankemasukan Safawi akan memberikan impak segera buat pengendali The Drangons, Xavi Moro.

Kelebihan Safawi terarah kepada larian deras yang dibuat olehnya ketika menyerang serta mempunyai ketajaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi di hadapan gol.

Selain itu, Safawi merupakan pakar sepakan percuma apabila sering kali mendatangkan ancaman setiap kali melakukan rembatan ke gawang lawan.

JDT pernah menewaskan Ratchaburi dalam saingan ACL pada musim 2021. — Facebook/JDT

2. Tagih pengalaman ACL dan AFC

Nama Safawi bukan lagi sesuatu yang asing dalam bola sepak di Asia Tenggara selepas kejayaan dia sebelum itu bersama skuad kebangsaan serta bersama JDT di pentas AFC Champions League (ACL).

Malah Safawi pernah beraksi menentang Ratchaburi ketika mewakili JDT dalam saingan ACL pada musim 2021.

Ketika itu Ratchaburi FC tewas 1-0 di tangan JDT yang mana gol tunggal dijaringkan oleh pemain import Argentina, Leandro Velazquez.

Ratchaburi kini berada di kedudukan tempat ketiga Thai League 1 pastinya menagih pengalaman Safawi untuk terus bantu The Drangons naik ke tangga seterusnya.

Sepanjang 25 penampilan di dalam ACL dan Piala AFC, Safawi berjaya menjaringkan lima gol dan satu assist bersama JDT.

Bersama JDT Safawi berjaya melakukan 115 penampilan 32 gol serta 16 assist sejak 2017. — Facebook/Ratchaburi

3. Statistik jaringan Ratchaburi tidak baik

Walaupun Ratchaburi berada di kedudukan ketiga terbaik di dalam Thai League 1 dan hanya dibezakan satu mata dengan Chonburi FC.

Namun statistik jaringan skuad kendalian Xavi Moro itu tidak berada di dalam kedudukan yang terbaik jika ingin dibandingkan dengan pasukan yang berada di atas dan bawah mereka.

Sepanjang 15 perlawanan, Ratchaburi hanya berjaya menjaringkan 21 gol yang mana mereka merupakan pasukan ketujuh mempunyai rekod jaringan yang paling sikit.

Dengan kemasukan Safawi, mungkin mampu memberi nilai tambah buat Ratchaburi merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga dan beri jaringan yang banyak.

Sepanjang bersama JDT sejak 2017, Safawi berjaya melakukan 115 penampilan 32 gol serta 16 bantuan jaringan di dalam semua kejohanan domestik dan antarabangsa.

Banyak pemain Malaysia berkelana ke luar negara musim depan.

Peminat bola sepak tempatan mungkin akan menyaksikan kelibat pemain itu dalam saingan Liga Thailand yang kembali bersambung pada 21 Januari 2023.

Sebelum ini, ada beberapa pemain dari Malaysia yang pernah beraksi dalam saingan Thai League 1 antaranya Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima), Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) serta Mohamadou Sumareh dan Dominic Tan (Police Tero).

Kini, pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi turut berada dalam saingan Thai League 1 bersama pasukan Khon Kaen United, Dion Cools menyertai Buriram United, manakala Junior Eldstal beraksi dengan PT Prachuap.

Ada dua orang lagi pemain tempatan beraksi saingan divisyen 2 Liga Thailand iaitu Zafuan Azeman yang menyertai Uthai Thani dan Stuar Wark daripada kelab Kasetsart. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Saya tetap Harimau Malaya’, Haqimi Azim sedia sahut panggilan Piala Asia 2023 – Sukan

Next Post

Fyna Jebat dah jawab, Zainal Abidin masih teka-teki — ‘Nanti call saya balik’ – Sukan

Related Posts