Bukan hanya wira di padang, penyokong makin sayang import skuad Penyu di bulan Ramadan – Sukan


BULAN Ramadan lazimnya akan menjadi ruang buat umat Islam melakukan banyak kebaikan kerana semua maklum bahawa ketika inilah pahala akan dilipatgandakan oleh ALLAH SWT.

Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullai dan tadarus al-Quran, sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam.

Namun bukan hanya umat Islam sahaja yang akan melakukan banyak amalan kebaikan pada bulan mulia ini, individu bukan beragama Islam juga tidak melepaskan peluang untuk membuat perkara baik kepada masyarakat sekeliling.

Seperti yang dilakukan oleh import Terengganu FC, Jordan Mintah turut tidak melepaskan peluang untuk membuat kebaikan iaitu bersedekah kepada penduduk di Kuala Terengganu, Terengganu.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyerang skuad Penyu tersebut di media sosial rasminya yang mana menyaksikan Mintah sempat meluangkan masa ziarah dan memberi sumbangan kepada beberapa penduduk.

“Hari ketiga Ramadan, kami menunjukkan kasih sayang kepada penduduk Kuala Terengganu di bulan suci Ramadan ini. Semoga ALLAH menerima ibadah kita,” tulis Mintah pada hantaran tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik Mintah, antara sumbangannya ialah beras, minyak masak, makanan dan beberapa keperluan lain.

Aktiviti yang dilakukan Mintah itu mendapat pujian daripada penyokong, rata-rata mereka menyifatkan pemain berusia 27 tahun itu wira dalam dan luar padang pasukan Terengganu.

“Alhamdulillah Mintah, semoga selalu dimurahkan rezeki dan diberikan kejayaan dalam meneruskan karier bola sepak,” tulis penyokong TFC, Mat Yie.

“Awak (Mintah) paling bagus sekali dalam banyak-banyak import Terengganu,” komen penyokong skuad Penyu, kubaLaut83.

Selain kebajikan di bulan Ramadan ini, pemain import dari Ghana itu sememangnya diketahui dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan sebagai seorang pemain yang mesra dan amat mementingkan kebajikan.

Sebelum ini, Majoriti pernah melaporkan bahawa Mintah berkongsi sumbangan kepada pasukan bola sepak amatur untuk pembelian beberapa biji bola dan peralatan sukan lain.

Bukan itu sahaja, Mintah juga beberapa kali dilihat membuat kunjungan ke masjid, pusat pengajian tahfiz dan pusat jagaan anak-anak yatim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penyerang HM faham teguran Pan-gon, janjikan aksi lebih pantas lawan Hong Kong – Sukan

Next Post

Skor gol kemenangan negara, Akhyar antara 3 tonggak JDT dipetik fans sesuai jadi tok guru Faisal Halim – Sukan

Related Posts