Bukan hanya Safawi, 4 pemain Harimau Malaya pernah melebarkan sayap bola sepak di Portugal – Sukan


PENYOKONG bola sepak tempatan pastinya tidak dapat melupakan perpindahan bintang Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid ke negara kelahiran Cristiano Ronaldo, Portugal pada 2020.

Ketika itu Safawi berada dalam prestasi kemuncaknya apabila berjaya menarik minat Portimonense SC untuk menandatanganinya secara pinjaman dari JDT.

Harapan peyokong tempatan untuk melihat Safawi terus kekal berkelana di Eropah tidak dapat menjadi kenyataan.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya bertahan selama tiga bulan bersama Portimonense SC sebelum kembali ke Malaysia untuk mencari semula prestasi terbaiknya bersama JDT.

Musim ini Safawi sekali lagi akan berkelana ke luar negara dengan menyertai kelab Thailand, Ratchaburi F.C.

Namun adakah anda ingat selain Safawi empat pemain ini pernah beraksi bersama kelab di Portugal:

Fakri sedang menanduk bola semasa beraksi bersama Atlético S.C. — Agensi

1. Ahmad Fakri Saarani (Atlético S.C.)

“Kalau bola itu tak nak masuk, tak masuk juga”.

Pasti orang ramai tidak akan lupakan petikan yang pernah dibuat oleh bekas penyerang Harimau Malaya, Fakri Saarani.

Pemain berusia 33 tahun ini pernah cemerlang bersama skuad kebangsaan pada edisi Piala AFF 2012 sehingga menarik minat kelab divisyen ketiga Portugal, Atlético S.C. untuk menandatanganinya ketika itu.

Sepanjang bersama Atlético S.C., Fakri hanya berjaya membuat lima penampilan dan tiada sebarang jaringan gol direkodkan.

Fakri hanya bertahan selama enam bulan di Portugal sebelum kembali ke Liga Malaysia dengan menyertai Kelantan FA pada 2013.

Nazmi berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama S.C Beira Mar pada 2012. — Agensi

2. Nazmi Faiz (S.C Beira Mar)

Bekas pemain Selangor FC, Nazmi Faiz pernah menggemparkan dunia bola sepak tempatan apabila beraksi bersama kelab Portugal, S.C Beira Mar dalam usia yang sangat muda.

Nazmi yang ketika itu berusia 17 tahun berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama S.C Beira Mar pada 2012.

Nama pemain berusia 28 tahun ini mula meningkat naik apabila berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2011.

Namun jodoh Nazmi bersama S.C Beira Mar tidak kekal lama apabila dia pulang ke Malaysia untuk bersama PKNS FC pada 2013.

Bersama S.C Beira Mar, Nazmi banyak beraksi bersama skuad muda dan tidak pernah membuat penampilan dengan skuad utama.

Dominic dan Syamer menyertai Vilaverdense FC secara pinjaman dari JDT. — Facebook/JDT

3. Dominic Tan dan Syamer Kutty Abba (Vilaverdense F.C.)

Pemain skuad kebangsaan, Dominic Tan dan Syamer Kutty pernah bersama salah sebuah pasukan divisyen ketiga Portugal, Vilaverdense FC.

Kedua-dua pemain itu menghabiskan satu musim secara pinjaman dengan Vilaverdense FC daripada JDT pada 2018.

Aksi Dominic menyerlah ketika Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola sepak Asia 2018 (AFC) Bawah 23 (B-23) berjaya menarik minat kelab tersebut.

Manakala Syamer ketika itu sudah mula kerap bermain bersama skuad senior dan remaja sejak 2017.

Lebih empat bulan bersama Vilaverdense FC, Dominic dan Syamer hanya berjaya membuat satu penampilan.

Selepas tamat tempoh pinjaman Syamer kembali ke JDT, manakala Dominic terus beraksi di luar negara bersama Police Tero di Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Azraai Khor ‘approve’ 2 daripada 3 import, masih terlalu awal menilai – Sukan

Next Post

[VIDEO] Kemenangan Arsenal dicemari serangan penyokong Tottenham – Sukan

Related Posts