Bukan hanya isu jersi, TRW mungkin kena ‘blacklist’ FIFA atas 3 faktor – Sukan


DUGAAN yang dihadapi oleh skuad The Red Warriors (TRW) seakan-akan tidak berpenghujung.

Jika di padang, kelab yang pernah disegani itu kini berada di tangga kedua tercorot liga selepas beraksi dalam 12 perlawanan.

Dengan kekalahan 1-4 ketika menentang PDRM FC pada Selasa, ia menyaksikan Kelantan mengalami kekalahan ketujuh berturut-turut.

Tidak cukup dengan itu, TRW juga tidak lari daripada mencipta kontroversi di luar padang.

Antara masalah yang timbul ialah isu pengagihan jersi, di mana rata-rata peminat sebelum ini meluahkan kekecewaan mereka berikutan ramai pembeli masih belum mendapat lagi jersi yang ditempah ketika penjualannya dibuka pada Februari.

Kualiti jersi Kelantan FC berjenama 93Sports yang didakwa kurang elok walaupun dijual pada harga mahal. — Twitter Berita Bola Kelantan

Selain itu, dalam perkembangan terbaharu, skuad Pantai Timur itu difahamkan kini dalam senarai panas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia selepas wujud dakwaan sebelum ini yang mengatakan sebuah kelab daripada Pantai Timur bakal dikenakan sekatan perpindahan pemain lokal mahupun import, sekali gus mengaitkan nama TRW dalam kontroversi itu.

Perkara itu jelas akan menjejaskan Kelantan yang berharap akan mendapatkan tonik baharu seperti kehadiran pemain baharu bagi memperkukuhkan lagi pasukan mereka.

Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut daripada pasukan manakah yang dimaksudkan dalam laporan berkenaan.

Ini kerana terdapat tiga pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur dan beraksi di Liga Malaysia (M) namun situasi tersebut seperti lebih dilihat menggambarkan dengan situasi membabitkan Kelantan kini.

Isu tersebut juga sebelum ini pernah diluahkan oleh ejen bola sepak tempatan menerusi laman Twitter miliknya, Joe Berbatov yang mana dia memberitahu ia sudah melibatkan Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Barisan pemain Kelantan FC ketika perlawanan menentang PDRM FC pada Selasa. — Facebook/TRW Kelantan FC

Terbaharu, ejen terkenal Korea Selatan, Myeongho Jeong memaklumkan akan mengheret Kelantan FC ke FIFA selepas dia mengakui dirinya sangat marah dengan kenyataan balas skuad TRW yang mendakwanya sengaja memfitnah dan memburukkan kelab itu.

Malah, Jeong yang juga ejen kepada bekas jurulatih TRW yang ‘direhatkan’ iaitu Choi Moon-sik turut mendedahkan bakal menyaman pasukan itu dan sudah melantik barisan peguam tempatan bagi mengendalikan kes berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Indra Putra, 42 tahun, sangkal tanggapan dia “manusia hebat” – Sukan

Next Post

‘Treler’ kita bocor — Fandi – Sukan

Related Posts