Bukan 139, ranking Harimau Malaya dijangka lebih tinggi – Sukan


KEDUDUKAN Harimau Malaya dalam ranking dunia FIFA dijangka terus melonjak selepas mencatat keputusan positif dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Turkmenistan dan Hong Kong.

Kemenangan 1-0 terhadap Turkmenistan memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 5.27 manakala kemenangan 2-0 terhadap Hong Kong pula memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 4.85.

Mata keseluruhan yang berjaya dikutip sepanjang bulan Mac ini adalah sebanyak 10.12 sekali gus memberikan Malaysia mata masa-nyata sebanyak 1082.13 (tidak rasmi).

Perkiraan itu dimuat naik oleh @FootyRankings di Twitter dengan menyaksikan beberapa negara turut mendapat kenaikan ranking.

Namun apa yang paling mengejutkan adalah jangkaan ranking Malaysia ialah lebih tinggi berbanding 139 dunia iaitu 138 dunia.

Tangkap layar perkongsian dari Footy Rankings.

Bagaimanapun pengumuman rasmi oleh FIFA hanya akan dikeluarkan pada bulan April ini selepas selesai semua perlawanan dalam kalender antarabangsa.

Kali terakhir Malaysia berada pada kedudukan bawah 140 dunia ialah 2011 ketika mereka memenangi Piala AFF 2010 untuk berada di tangga ke-138 sebelum zaman kejatuhan mula berlaku buat Harimau Malaya.

Selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022, Malaysia mengumpul keseluruhan 1,071.99 mata ranking FIFA dan kini menghampiri kedudukan terbaik sejak 12 tahun lalu selepas memenangi kedua-dua perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

Kalendar FIFA seterusnya adalah pada 12-20 Jun ini dan Malaysia dijangka bakal bertemu pasukan lebih kuat dari Asia seperti Yemen, Oman ataupun Syria.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akui minit permainan antara punca, Akhyar ada cara kekal cergas – Sukan

Next Post

Dapat surat tunjuk sebab, Steinbruckner usaha cari jalan tapi resah 2 tonggak import masih cedera – Sukan

Related Posts