‘Buat kerana ALLAH’, Azizulhasni kongsi teringat pesan isteri ketika tawan Velodrome – Sukan


KEJAYAAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengekalkan statusnya sebagai legenda dalam sukan yang diceburinya itu selepas menjuarai acara pecut elit lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 pada Jumaat.

Dalam aksi yang berlangsung di Velodrom Nasional, Negeri Sembilan, pelumba berusia 35 tahun itu mencatatkan kemenangan kali ketujuh dalam pertandingan itu selepas memenanginya buat kali pertama pada 2008.

Pencapaian tersebut membolehkannya memperolehi semula gelaran Jaguh Pecut Asia setelah kehilangannya susulan kegagalan untuk beraksi pada edisi tahun lalu akibat masalah kesihatan.

Berkongsi akan perasaan dan pengalamannya di sebalik momen bersejarah itu, Azizulhasni menceritakan bahawa kata-kata semangat daripada isteri menjadi inspirasi utama buatnya dalam perlumbaan berkenaan.

“Buat kerana ALLAH sayang, dan kami semua sentiasa berada di belakang awak. Berbaki 50 meter terakhir, saya penuh yakin yang perlumbaan adalah milik saya, saya telah mendominasi perlumbaan.

Azizulhasni bersama keluarga selepas mencatatkan kemenangan bergaya.

“Apabila saya menggunakan gear terakhir, tidak mungkin ada yang bisa memotong. Andai kata ada yang bercita-cita untuk memotong saya disaat ini, harap maaf kerana sudah terlambat. Kerana di saat ini saya sudah menjadi raksasa,” katanya.

Ucapan inspirasi tersebut dikongsikan ‘The Pocket Rocketman’ menerusi satu hantaran di Facebook peribadinya yang menceritakan saat-saat genting dalam kisah kehidupannya dalam final acara berkenaan.

Tambahnya lagi, terdapat sedikit kejutan yang diterimanya sebelum perlumbaan tersebut apabila terdapat tujuh peserta berbanding enam yang sering dipraktikkan.

Keputusan berkenaan dibuat pihak penganjur berikutan keputusan seri yang dicatatkan dua pelumba, Shah Firdaus Sahrom serta Sergey Ponomaryov dalam aksi separuh akhir heat.

Lebih mengejutkan lagi, undian yang dibuat sebelum perlumbaan akhir menyaksikan Azizulhasni berada di kedudukan ketujuh daripada kesemua peserta.

“Allahuakbar, ku sangkakan dapatlah posisi ketiga ke atau pertama ke. Yang tak nak ni lah dapat pulak. ‘Takpe-takpe, stay relax, stay focus Azizul, Allah has a better plan for you’ saya berbicara sendirian.

“Tujuh adalah agak ramai dan barisan akan jadi agak panjang. Tambahan pula, apabila setiap pelumba memberikan jarak antara satu sama lain ketika perlumbaan bermula, jadi jarak akan semakin jauh,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ura-ura ke Kelantan makin senyap, 3 sebab Pahang perlu cuba sambar Keli Boy – Sukan

Next Post

Pernah memenangi 2 kejuaraan, Alfredo Vera miliki 3 kekuatan boleh bantu bangkitkan TRW – Sukan

Related Posts